Agensi antidadah kebangsaan kementerian dalam negeri


Download 1.88 Mb.
Pdf ko'rish
bet140/158
Sana09.01.2023
Hajmi1.88 Mb.
#1084970
1   ...   136   137   138   139   140   141   142   143   ...   158
Bog'liq
Demographic determinants of the drug abu

METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas yang
dilakukan ke atas penghuni Pusat Serenti Rawang, Selangor. Data
dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan
kepada responden di Pusat Serenti Rawang. Penggunaan borang soal
selidik ini dilakukan adalah kerana ia dapat mengkaji lebih ramai
responden dalam tempoh kajian yang terhad dan lebih banyak data dapat
dikumpulkan (Syed Arabi Idid, 1992; Heppner, Kivilighan & Wampold,
1999). Populasi kajian di Pusat Serenti Rawang ialah 457 orang.
Persampelan rawak digunakan untuk memilih responden. Menurut


Keberkesanan Program Kaunseling Rawatan
dan Pemulihan Dadah dari Perspektif Penghuni Pusat Serenti
1 9
Zulkhairi Ahmad & Profesor Dr. Mahmood Nazar Mohamed , m/s 13-28
Sekaran (2000), bilangan sampel yang sesuai bagi mewakili populasi
berjumlah 457 orang adalah seramai 205 orang.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal
selidik yang memuatkan latar belakang penghuni serta soal selidik
mengukur persepsi keberkesanan kaunseling dan tahap harga diri. Alat
pengukuran yang digunakan bagi meneliti keberkesanan kaunseling
merujuk kepada Comprehensive Scale of Psychotherapy Session Constructs
(CSPSC) (Eugster & Wampold, 1996). Nilai alpha Cronbach bagi CSPSC
ialah 0.84, manakala bagi konstruk harga diri, Skala Harga Diri Rosenberg
(RSES) (Rosenberg, 1965) dengan nilai alpha Cronbach ialah 0.86.
Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) digunakan
untuk menganalisis melalui statistik perihalan dan inferensi. Korelasi
Pearson digunakan untuk melihat hubungan faktor demografi seperti
umur, jumlah jam kaunseling dan harga diri, sementara ujian ANOVA
sehala digunakan untuk melihat perbezaan persepsi penghuni terhadap
program kaunseling dengan fasa rawatan mereka.

Download 1.88 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   136   137   138   139   140   141   142   143   ...   158




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling