Mujaddid islam sheikh bediuzzaman
Download 159.36 Kb. Pdf ko'rish
|
Dozy (1820 1883). Abdullah Jevdet datang dari
keluarga yang kuat berpegang pada agama tetapi beliau menjadi Atheis lantaran pengaruh Reinhart Dozy. Walau bagaimanapun, di hari-hari akhirnya, beliau mengakui kemungkinan adanya hari akhirat setelah membaca karya Ustaz Sa'id Nursi yang bertajuk ‘Hashir Risale’. 36. Jalal Nuri (1882 - 1939) adalah seorang wartawan dan cendekiawan yang terkemuka. Beliau menulis tiga buah makallah dalam majalah-majalah Turki dan Perancis. Di samping itu, beliau menjadi pengarang pada tiga puluh buah buku. Beliau pernah menjadi ahli parlimen kerajaan Uthmaniyah dan Kerajaan Republik Turki. Jalal Nuri menjadi penerbit pada akhbar mingguan ‘Edebiyat-e-Umumiye’ dan akhbar harian ‘Ati' yang kemudiannya ditukar ke nama 'Leri’ (Akan Datang). Di antara bukunya yang penting ialah Tttihad-i-Islam' ‘Khatimul Anbiya' ‘Turk lnqilab' ‘Sejarah Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyah' dan lain-lain lagi. Dalam penulisan-penulisannya, beliau membincangkan segala masalah-masalah masyarakat ketika itu. Pada mulanya beliau menganuti fahaman Islam Moden’ tetapi kemudiannya beliau bersikap ‘Sosialis lslam' 37. Kilijzade Hakki (dilahirkan pada tahun 1872) adalah penyokong kuat parti ‘Anjuman Ittihadi wa Taraqqi' Beliau menentang golongan fahaman lama (konservatif dan golongan ulama. Beliau 180 ialah penerbit akhbar vNur Fiker'. Di antara hasil- hasil penulisannya ialah ‘Perang Menentang Keyakinan-keyakinan Palsu' dan ‘Jawapan Terakhir Pada Para Ulama' 38. Turk Yurdu (Bumi Turki) ialah lidah rasmi ‘Turk Ojak’ (Kelab Turki)- iaitu pengganti ‘Turk Dernegi (Persatuan Turki). Turk Yurdu mula diterbitkan dalam tahun 1911 dan berterusan sehingga tahun 1968 tanpa sebarang gangguan. Turk Ojak dan Turk Yurdu main peranan penting daiam usaha membangkitkan fahaman kebangsaan Turki dan fahaman sekularisme. Turk Ojak juga menerbitkan majalah Islam Mejmusi dua minggu sekali. Majalah ini diterbitkan oleh Ziya Gokalp dengan bantuan kewangan daripada Parti Anjuman Ittihaci wa Taraqqi. la diterbitkan dan tahun 1914 hingga tahun 1918. Tujuan utama majalah ini diterbitkan ialah untuk menentang golongan Jarna (konservatif) dan mentafsir Islam dari kaca mata fahaman kemodenan. 39. Ali Fuad Jebesoy adalah pemerintah medan barat ketika Peradg Pembebasan Turki dan belaia juga menjadi ahli parlimen Turki (iaitu Perhimpunan Agung Kebangsaan). 40. Huseyin Rauf Orbav (1887 — 1967) menjadi terkenal ketika Perang Tripoli dan Perang Balkan. Waktu itu beliau menjadi Ketua kapal perang Turki yang bernama 'Hamidia’. Ketika Pcrang Pembebasan Turki, beliau dipilih menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung Kebangsaan. Rauf 181 Orbay adalah Perdana Menteri Republik Turki ketika Persidangan Lausanne berjalan. Beliau dituduh terlibat dalam pakatan membunuh Mustata Kamal tetapi telah dibebaskan oleh Mahkamah Istaklal. Walau bagaimanapun beliau dipaksa berada dalam buangan dari tahun 1926 hingga tahun 1936. 41. Jeneral Rifat Pasha, Jeneral Jaafar Tayyar Pasha (1877 1958) dan Jeneral Nuruddin (Nuruttin) Pasha (1873 1932) adalah pahlawan-pahlawan dalam Perang Pembebasan Turki. Kesemua mereka dituduh terlibat dalam pakatan hendak membunuh Mustata Kamal tetapi telah dibebaskan oleh Mahkamah. Walau bagaimanapun perkhidmatan mereka dalam tentera telah diberhentikan dengan berpencen. 42. Abdul Haq Adnan Adivar (1881 - 1955) adalah suami pada Khalida Adip. Di samping itu, beliau adalah seorang cendekiawan terkemuka. Beliau menjadi Menteri Kesihatan dalam Kerajaan Ankara. Beliau dibuang bersama isterinya dalam tahun 1926 dan dibenar kembali ke Turki dalam tahun 1938 setelah Mustafa Kamal mati. Adnan Adivar ialah pengarang buku ‘Sains di bawah Kerajaan Uthmaniyah' dan buku ‘Sains dan Din’. 43. Dalam tahun 1925, semua kumpulan-kumpulan Sufi diharamkan dan rumah-rumah musafir ditutup. 44. Dalam majalah bulanan ‘Nur’ yang diterbitkan pada bulan November, 1975. 182 45. Ketika Hasan Tahsin Banguoglu menjadi Menteri Pelajaran Turki, pendidikan agama mula diperkenalkan semula pada darjah empat dan lima. Hal ini berlaku antara tahun 1948 dan tahun 1950. Dalam masa yang sama juga, Sekolah Imam Khatib yang pertama telah didirikan. Beliau juga menyediakan rangka bagi menubuhkan Jabatan- jabatan Ilahiyah di Universiti-universiti. Hasan Tahsin ialah seorang pakar bahasa dan beliau menentang penggunaan kekerasan dalam membawa pembaharuan pada bahasa. 46. Dalam buku ‘Badiuzzaman Sa’id Nursi’ oleh Najmuddin Shahiner, muka surat 357. Dalam buku ini Shahiner berkata, “Beratus-ratus masjid telah ditutup di Anatolia dan masjid-masjid ini telah digunakan untuk tujuan lain.” 47. Buyuk Dogu (Timur yang Agung) ialah sebuah akhbar politik dan kesusasteraan. Penerbitannya berterusan dari tahun 1943 hingga tahun 1971. Ia merupakan akhbar mingguan tetapi kadangkala ia diterbitkan setiap hari. Akhbar ini memberi kesan yang hebat terhadap kesusasteraan Turki. Di samping itu, akhbar ini juga memainkan peranan pentrng dalam memperhebatkan lagi gerakan Islam di Turki. Pemilik dan penyuntingnya ialah Najib Fazil Kisakurek (dilahirkan dalam tahun 1905), iaitu salah seorang penyajak, penulis dan tokoh kesusasteraan Turki rnoden yang paling terkemuka, Semenjak akhir-akhir semasa zaman itu, beliau menjadi ahli Parti Milli Salarnat. 183 48. Ahmad Amin Yalman (1888 — 1972) ialah seorang Yahudi Salonika yang masuk Islam. Beliau adalah pengasas dan penyunting akhbar harian yang bemarna ‘Vatan' Beliau terkenal dalam dunia kewartawanan Turki. 49. Milliyetciler Dernegi (Persatuan Kebangsaan) diasaskan oleh mereka yang mementingkan Islam di sudut kebangsaan. Dr. Nuruddin Topchu (1909- 1975) ialah ahli fikir paling terkemuka dalam kumpulan ini. 50. Jevad Rifat Atilhan iaiah seorang wartawan dan pengarang. Beiiau mengasaskan Parti Islam Demokrat. Beliau menentang gerakan Zionis dan Freemason. 51. Ustaz Sa'id Nursi dan pengikut-pengikutnya (Thalaba an-Nur) dibebaskan dari 434 kes atau perbicaraan di mahkamah-mahkamah berlainan lantaran karya ‘Risalah an-Nur' Satu laporan lengkap mengenali 434 perhicaraan tersebut telah diterbitkan di Turki. 52. Wiltiam- Ewart Giadstone (1809 - 1898) ialah Setiausaha Negara British bagi tanah-tanah jajahannya dari tahun 1845 hingga tahun 1846. Beliau menjadi Perdana Menteri British dalam tempoh-tempoh berikut: 1868 1874;1880 1886;1892 1894. 53. Ali Fuad Bashgil (1892 - 1967) ialah salah seorang pakar undang-undang Turki yang terkemuka. Beliau mendapat ijazah kedoktorannya di Paris. 184 Beliau berkhidmat sebagai Prolessor Undang- undang Perlernbagaan di Universiti- universiti Ankara dan Istanbul. Dalam tahun 1947, beliau menubuhkan ‘Persatuan Kebebasan Berfikir' Peranannya sangat penting dalam mengakhiri pemetintahan satu parti di Turki dan juga dalam memperkenakan semula pendidikan agama ke sekolah-sekolah Turki. Bukunya yang terpenting ialah 'Din ve Laiklik" (Agama dan Sekularisme) yang diterbitkan dalam tahun 1955. Dalam buku ini beliau memberi pendapatnya mengenai sekularisme dan pendapatnya ini serupa dengan pendapat Ustaz Sa’id Nursi. 54. Nuruddin Topchu (1909-1975) dianggap ahli fikir Islam Turki yang paling terkemuka selepas Sa’id Halim Pasha. Beliau mendapat pendidikan di negara-negara Jerman dan Perancis. Beliau menjadi pengarang beberapa buah buku. Buku- bukunya yang paling penting ialah ‘Milliyet Ciligimizin Esaslar (Dasar Kebangsaan kita ) ‘Yarinki Turkey’ ( Turki pada masa hadapan) 55. Untuk mendapat keterangan lanjut mengenai hal ini, sila lihat buku Najinuddin Shaluner yang bertajuk: 'Bilimeyen Tarablarivle Badiuzzaman Said Nursi muka surat 50,299 dan 325. Kejadian- kejadian luar biasa ini juga diterangkan dalam buku ‘Tarihceye Hayaf oleh Dr. Tahsin Tola dan Said Özdemir. 185 Gambar Sheikh Sa‘id Nursi ketika sedang berdoa di hadapan makam Sidtan Muhammad al-Fateh di Istanbul pada tahun 1952. 186 Sheikh Budiuzzmian Said Nursi ketika tiba di Barla. 187 Gambar Sheikh Said Nursi ketika memimpin pasukan sukarelawan menentang Rusia. 188 Gambar Sheikh Sa'id Nursi yang diambil oleh pihak Jerman ketika beliau melarikan diri dan tahanan tentera Rusia pada tahun 1918 189 Gamhar Sheikh Bediuzzaman Said Nursi (yang berdiri disebeiah kanan dan anak saudaranya, Abdur-Rahman ketika beliau menjadi anggota Darul Hikmah alailsiannahal-Islamiah 190 Shcikh Bediuzzaman Sa'id Nursi ketika sedang sembahyang sementera menunggu perbicaraannya di Mahkamah Afyon. 191 Gamhar Shcikh Sa‘id Nursi sedang membela diri dalam perbicaraan mengenai bukunya ‘Genclik Rehberi 'uan untuk para Pemuda di Mahkarnah Istanbul pada tahun 1952. 192 Imam Shamyl, Pahlawan Islam yang menentang Regim Czars Rusia di Caucasia sempadan Turki pada zaman Khilafah Islam Uthmaniyyah.(1796-1874) Download 159.36 Kb. Do'stlaringiz bilan baham: |
Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling
ma'muriyatiga murojaat qiling