Mujaddid islam sheikh bediuzzaman
Download 159.36 Kb. Pdf ko'rish
|
dan langit.
98 Mereka yang memerintah benua Asia tidak boleh menentang tafsir Al-Quran seperti ‘Risalah an-Nur’. Mereka boleh mendapat faedah dan kesejahteraan dari tafsir ini. Seandainya saya mempunyai kepala sebanyak rambut di atas kepala saya ini, saya sanggup korbankan kesemuanya demi mencapai kebahagiaan di akhirat. Sebarang paksaan terhadap saya untuk berdiam diri, samada dengan mengancam atau menghancur gerakan saya ini, akan membuat seribu lidah lagi bangun menyuarakan kebenaran. Dengan rahmat dan berkat Allah, ‘Risalah an-Nur’ kian mendapat sambutan dalam kalangan rakyat sepanjang dua puluh tahun yang lepas. Semoga seribu lidah lagi akan menyuarakan kebenaran selain dari lidah saya yang telah dibelenggu ini. Saya isytiharkan pada tuan hakim dan kepada seluruh dunia bahawa saya telah mempertahankan kebenaran iman dari segala serangan ahli-ahli falsafah Eropah — lebih-lebih lagi yang tidak percaya adanya Tuhan. Saya juga telah mempertahankan kebenaran iman dari mereka yang menggugat keamanan umum dengan akhlak mereka yang buruk itu. Saya juga mempertahankan kebenaran iman dari mereka yang menggunakan politik untuk menyebarkan fahaman mullid. ‘Risalah an-Nur’ mempunyai pendekatan yang saintifik dan bijaksana. Andainya ‘Risalah an-Nur’ bertentangan dengan dasar politik orang-orang yang gila dunia, maka hal ini boleh dimaafkan. Kami tidak bertujuan menyinggung perasaan awak. Awak yang patut mengikuti cita-cita kami. Wahai orang-orang kejam yang tidak percaya adanya Tuhan! Awak telah meletakkan saya dalam keadaan yang 99 sukar ini, Seandainya awak hendak membunuh saya, mengapakah awak memilih cara yang penuh penipuan ini? Bukankah ini membusukkan nama undang-undang itu sendiri? Sepatutnya awak mencabar saya terus-terang dengan berkata: ‘Kami hendak membunuh awak!’ ” Ustaz Sa’id Nursi juga telah dituduh menulis makallah mengenai purdah (kain tudung muka) wanita sedangkan kerajaan telah meng- haramkan wanita memakai purdah. Nama makallah tersebut ialah ‘Tesattur Risalasi’. Dalam makallah tersebut, Sa’id Nursi telah menghurai pendapat Al-Quran mengenai perkara tersebut. Sa’id Nursi menganggap tuduhan tersebut satu kezaliman kerana tafsirannya itu samalah dengan tafsiran ahli-ahli tafsir sepanjang tiga belas abad yang lalu. Katanya: “Wahai manusia-manusia dalam mahkamah, satu kezaliman telah dilakukan terhadap saya. Kalau saya berdiam diri terhadap kezaliman ini, maka ini bermakna satu kecaman terhadap kebenaran. Oleh itu gantunglah saya atau buktikan kesalahan saya menurut perjalanan undang-undang. Jika kesalahan saya tidak dapat dibuktikan, bebaskan saya dan penulisan saya dari sekatan. Kalaulah ada keadilan di atas muka bumi ini, Mahkamah Tinggi akan membatalkan hukuman ini. Adakah adil menghukum seseorang di atas sebab beliau membuat tafsiran atas sebuah kitab yang menjadi kitab suci dan panduan bagi 350 juta Muslim selama 1350 tahun?” Walaupun tuduhan terhadap beliau tidak dapat dibuktikan, mahkamah Eskishehir tetap menjatuhkan hukuman sebelas tahun penjara kerana menulis ‘Tesattur Risalasi’. Lima belas orang muridnya dihukum penjara 100 enam bulan dan seratus lima orang muridnya yang lain dibebaskan. Ustaz Badiuzzaman Sa’id Nursi meringkuk dalam penjara Eskishehir selama sebelas bulan dalam keadaan yang penuh kesusahan dan penderitaan. Beliau di kurung seorang diri. Di penjara ini, ketinggian akhlaknya dan kuliah ilmu yang diberinya di situ, telah membawa kesan yang hebat pada banduan-banduan. Banyak banduan- banduan tersebut bertaubat dan mula insaf akan kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan lantaran peranan yang dimainkan oleh Ustaz Sa’id Nursi. Sekatan-sekatan dan kesukaran-kesukaran di penjara tersebut tidak dapat menggugat usaha penulisan Ustaz Sa’id Nursi. Bab 28, 29 dan 30 di bawah tajuk ‘Lemalar’ dan bab pertama dan kedua tajuk ‘Shualar’, siap disusun dalam penjara Eskishehir. Dalam musim bunga tahun 1936, Ustaz Sa’id Nursi pun di bebaskan selepas sebelas bulan berada di penjara Eskishehir. Sebaik-baik sahaja dibebaskan, beliau dibuang pula ke Kastamonu, iaitu sebuah bandar di wilayah utara negara Turki. Di bandar ini, beliau tinggal selama tiga bulan di Balai Polis Charshi. Kemudian beliau dipindahkan pula ke sebuah rumah di hadapan balai polis tersebut. Sewa rumah itu dibayar oleh Ustaz Sa’id Nursi sendiri. Alamatnya ketika berada di situ ialah: d/a, Balai Polis Charshi, Kastamonu. Walaupun pada lahiriahnya beliau kelihatan bebas, Ustaz Sa’id Nursi sentiasa diawasi oleh pihak polis dengan rapi sekali sehingga beliau tidak dibenarkan pergi kemana-mana. 101 Najmuddin Shahinar telah mencatatkan dua peristiwa menarik ketika Sa’id Nursi berada di Kastamonu. Dia menceritakan bahawa suatu hari ketika Sa’id Nursi sedang duduk .di hadapan rumahnya, seorang yang sedang mabuk berlalu di situ. Orang itu sedang menuju ke sebuah rumah pelacuran. Apabila dia sampai berhampiran Sa’id Nursi, dia pun berhenti. Ustaz Sa’id Nursi pun memandang sambil berkata dengan lemah lembut kepadanya:— ”Saudara, baliklah ke rumah saudara dan mandi. Kemudian sembahyang dan bertaubatlah kepada Allah.” Setelah mendengar kata-kata ini, orang tadi pun terpegun sebentar dan kemudian dia pun kembali ke rumahnya dengan air mata bercucuran. Sebaik-baik sahaja tiba di rumahnya, dia pun mandi, sembahyang dan kemudiannya terus bertaubat. Semenjak itu, orang itu tadi tidak lagi mengulangi kejahatan-kejahatannya. Peristiwa yang kedua pula ialah berkenaan gabenor Wilayah Kastamonu. Gabenor Kastamonu ketika itu bemama Mithat Altiok. Beliau adalah anggota Parti Republikan Rakyat, Mithat Altiok amat menentang usaha- usaha Ustaz Sa’id Nursi. Setiap hari beliau menganggu Ustaz Badiuzzaman Sa’id Nursi. Oleh sebab Ustaz Sa’id Nursi tidak pernah memakai topi dan berpakaian Barat, maka beliau telah di panggil pada suatu hari untuk disoal oleh Mithat Altiok. Apabila Ustaz Sa’id Nursi masuk ke bilik gabenor tersebut, beliau pun terus berkata dengan suara yang tegas:- “Mithat! Di antara kita dan maut ialah suatu tirai yang nipis. Apabila tirai itu dibuang, tidak ada apa yang hendak 102 ditakutkan lagi. Oleh itu, berdiri dan tunaikanlah kewajipanmu.” Gabenor itu terpegun. Mukanya pucat dan tangannya mulai menggeletar. Dengan susah payahnya, beliau pun membunyikan loceng untuk memanggil polis supaya membawa Ustaz Badiuzzaman pulang. Tidak lama selepas itu, Mithat Altiok pun menjadi buta, hidungnya telah gugur dan akhimya beliau terus mati *44 . Selama lapan tahun di Kastamonu, Ustaz Badiuzzaman Sa’id Nursi telah dapat menghasilkah penulisan-penulisan yang baik. Di sini juga beliau telah berjaya mendapat sekumpulann murid yang rajin. Murid-muridnya ini telah menyebarkan tulisan-tulisannya sehingga ke pantai Laut Hitam, Hubungan Sa’id Nursi dengan kawasan Barla masih tidak tergugat. Penuntut-penuntut dari Isparta dan lain-lain kawasan di Turki menghantar soalan-soalan krpada beJiau untuk dijawab. Jawapan-jawapan yang diberi oleh Ustaz Sa’id Nursi telah disebar dengan meluas dalam kalangan orang-orang lain oleh penuntut-penuntut tersebut. Untuk melaksanakan tugas penyebaran ini, murid-murid Ustaz Sa’id Nursi telah menubuhkan satu pertubuhan pos yang di panggil “Posman Nur”. Dengan cara ini, sebanyak 600,000 naskah tulisan tangan tafsir ‘Risalah an-Nur’ karya Ustaz Badiuzzaman Sa’id Nursi telah berjaya disebarkan. Sementara itu, 50,000 naskah karya beliau yang bertajuk “Ayatul Kursi” telah diterbitkan secara sulit di Istanbul. Pada musim bunga tahun 1943, Ustaz Sa’id Nursi telah memberitahu murid-muridnya bahawa beliau tidak tinggal di sesuatu tempat itu sehingga lebih dari lapan tahun. Kini, 103 di Kastamonu; tempoh lapan tahun sudah hampir cukup. “Oleh itu, katanya, saya akan mati samada dalam tahun ini atau saya akan pergi ke tempat lain.” Memang tepat apa yang di katanya. Pihak berkuasa yang menentang Islam telah menyusun satu komplot baru terhadapnya. Pihak polis telah menyerbu rumah Ustaz Sa’id Nursi pada 31 Ogos, 1943 dan merampas surat-surat dan karya-karyanya atas alasan penerbitan sulit karyanya iaitu “Ayatul Kursi”. Satu lagi serbuan telah dilakukan terhadap rumahnya pada 18 September, 1943. Pihak polis telah menahan Ustaz Sa’id Nursi pada 20 September, 1943 walaupun mereka tidak menjumpai bahan-bahan yang terbukti mengancamkan. Mereka membawa beliau menaiki bas ke Ankara melalui bandar Chankiri. Ketika ini Ustaz Sa’id Nursi berusia tujuh puluh tahun. Perjalanan mereka menempuh kawasan bukit yang sukar dilalui. Lantaran itu, perjalanan tersebut tidak memberi keselesaan kepada Ustaz Badiuzzaman Sa’id Nursi. Beliau berkata: — “Kalau mereka ini menganggap saya seorang tahanan politik, mereka patut menyediakan kereta sewa untuk saya.” Di Ankara, beliau telah dibawa berjumpa Gabenor Wilayah tersebut yang bemama Nevzat Tandogan. Gabenor ini juga menentang usaha-usaha Ustaz Sa’id Nursi. Apabila gabenor tadi mengecam pakaian yang sedang dipakainya, Ustaz Sa’id Nursi pun menjawab dengan keras sekali:— “Saya sedang memakai pakaian yang telah dipakai oleh nenek moyang awak. Saya sedang menjalani kehidupan yang sunyi seumpama orang bangsat. Undang-undang pakaian tidak boleh dilaksanakan ke atas orang yang 104 macam ini. Saya tidak pemah keluar dari rumah saya. Awak yang memaksa saya keluar dari rumah saya.” Suatu perkara yang menarik di sini ialah Gabenor Nevzat Tandogan membunuh diri pada 9 Julai, 1946 iaitu dua tahun sepuluh bulan selepas pertengkarannya dengan Ustaz Badiuzzaman Sa’id Nursi. Ustaz Sa’id Nursi kemudiannya dibawa dari Ankara ke Isparta dan seterusnya ke Denizli dalam tahun 1944. Di Denizli, beliau bersama 126 orang muridnya dipenjarakan. Kini, beliau dihadapkan ke mahkamah Denizli atas tuduhan yang serupa juga iaitu tuduhan cuba menggulingkan kerajaan dan menentang Revolusi Turki. Perbicaraan tersebut berjalan selama sembilan bulan. Ustaz Sa’id Nursi mempertahankan dirinya di mahkamah Denizli dengan begitu berani sekali. Beliau berkata dihadapan mahkamah:— “Saya telah dituduh menubuhkan sebuah parti. Ya, kami adalah sebuah parti. Kumpulan kami adalah sebuah kumpulan persaudaraan yang mengandungi ahli sebanyak 400 juta di seluruh dunia. Setiap hari, lima kali kami mengistiharkan ketaatan kami terhadap Allah, Tuhan semesta alam. Adalah menjadi kewajipan kami untuk menyeru dan memperkenalkan Al-Quran agar manusia dapat hidup dalam kebenaran dan menjauhi kemungkaran-kemungkaran seperti meminum minuman keras, menari, berjudi, berzina, merompak dan berdusta. Kami diarah membantu anak-anak yatim, memberi makan fakir miskin dan membebaskan hamba. Tidak ada kuasa di atas muka bumi ini yang boleh menyekat kami dari melaksanakan kewajipan-kewajipan ini — iaitu kewajipan- 105 kewajipan untuk meninggikan taraf kemanusiaan. Tidak ada sesiapa pun yang berani berbuat demikian. Apabila buku-buku Dr. Dozy yang menafikan Al-Quran dan Islam; menggalakkan meminum arak, judi dan zina dibenarkan untuk jualan, maka perkara ini dianggap tidak memalukan. Bukankah hal ini adalah sebahagian dari usaha untuk memashyurkan kebudayaan Eropah? Kalaulah buku-buku tersebut dianggap tidak memalukan, mengapa pula saya dan sahabat-sahabat saya disekat dari menyebarkan risalah Al-Quran melalui karya ‘Risalah an-Nur’? Dengan cara inilah kami berjuang di jalan Allah dan Rasul-Nya.” “Saya telah dituduh sebagai penentang demokrasi. Sebenamya saya adalah pendokong demokrasi (berlandaskan Islam) sejak saya masih mentah lagi. Saya telah memberi sebahagian dari makanan saya kepada semut kerana kagum melihat corak demokrasi yang mereka jalankan. Semangat demokrasilah yang telah membuat saya menghormati Khalifah-khalifah Islam di peringkat awal Islam dahulu. Khalifah-khalifah ini adalah ketua negara Islam dan mereka merupakan wakil-wakil umat yang terbaik, Mereka disayangi dan disegani oleh semua orang. Sebaliknya, corak demokrasi awak pula sedang menggalakkan kejahatan, rasuah dan penentangan terhadap undang-undang Allah. Lebih hebat lagi; ialah apabila kami menyeru manusia supaya menjadi baik dan amanah, awak tuduh kami sedang menjalankan kegiatan sulit menentang negara. Adakah secebis kebenaran dalam kecaman awak terhadap saya dan sahabat-sahabat saya? Tidak ada kuasa di atas muka bumi ini yang boleh menghalang saya dari menjalankan tugas-tugas ini. Saya 106 bersedia untuk mati seribu kali kerana perjuangan di jalan Allah ini.” “Saya dituduh sebagai orang yang mengejar keuntungan dan juga orang yang berbahaya serta menggugat keamanan. Sebenamya tuduhan-tuduhan ini mengenai awak kerana awak sedang melenyapkan Islam dan peraturannya dengan bertopengkan keselamatan dan keamanan. Selama dua puluh tahun saya bekerja untuk Islam melalui karya saya, bolehkah awak perlihatkan suatu bukti yang menunjukkan bahawa saya merupakan pengancam kepada keamanan negara? Awak sedang menggunakan Kanun Jenayah terhadap diri saya dan Islam untuk memuaskan hati awak sahaja. Oleh kerana awak sanggup mengorbankan keimanan awak demi hendakkan keuntungan duniawi, maka saya akan berjuang habis- habisan hatta dengan bayaran nyawa saya sekali pun untuk keimanan dan cara hidup Islam. Ingatlah! Saya dan sahabat-sahabat saya sanggup mati seribu kali daripada meringkuk dalam penjara. Kami sedang menunggu maut dengan penuh kerinduan. Awak mengecam saya kerana tidak mahu memakai topi Barat dan mengangkatnya sebagai tanda hormat kepada mahkamah. Ingatlah! bahawa sangat sedikit orang memakai topi Barat secara sukarela. Berjuta-juta rakyat memakainya kerana dipaksa. Semenjak dua puluh tahun yang lalu, tiga orang gabenor, dua mahkamah dan Mustafa Kamal sendiri tidak dapat mengesan apa-apa kesalahan dalam kerja- kerja yang saya lakukan; lebih-lebih lagi tentang tuduhan bahawa saya ini berbahaya kepada negara. Oleh itu, benarkan saya meneruskan tugas saya dengan aman.” 107 “Terdapat tuduhan mengatakan ‘Risalah an-Nur’ membincangkan soal-soal kemasyarakatan. Terdapat juga pendapat mengatakan tempat agama ialah di dalam hati orang perseorangan sahaja dan ianya tidak boleh dikaitkan dengan pemerintahan dan perundangan negara. Orang sebegini juga mengatakan bahawa pada masa lalu agama telah menyebabkan pertelingkahan di kaiangan masyarakat apabila ianya mempunyai hubungan dengan pemerintahan negara. Jawapan saya dalam hal ini ialah bahawa Islam itu bukan hanya nama sahaja; Islam juga melibatkan amal soleh (yakni perbuatan dan tindakan yang baik). Bolehkah awak menyekat pembunuhan, perzinaan, pencurian, perbuatan meminum minuman keras dan lain- lain kemungkaran besar yang sedang meracuni masyarakat melalui arahan kerajaan dan tenaga polis sahaja? Seandainya awak hendak menyekat kemungkaran- kemungkaran tersebut dengan polis, maka ini bermakna awak perlu meletakkan seorang anggota polis di dalam setiap rumah. Di sinilah letaknya kepentingan ‘Risalah an- Nur’. ‘Risalah an-Nur’ menggalakkan amal soleh. Ia juga berusaha meletakkan seorang pengawal di dalam setiap hati manusia. Seorang manusia yang takutkan Allah akan berasa mudah untuk menjauhi atau meniggalkan sifat-sifat buruk dan perbuatan-perbuatan dosa.” Dalam kenyataannya tadi, Ustaz Sa’id Nursi juga memberi pendapat tentang fahaman sekularisme. Katanya sekularisme ialah suatu fahaman yang tidak memberi gangguan kepada agama rasmi negara. Sebuah kerajaan sekular akan memberi kebebasan berfikir. Sekiranya kerajaan sekular membenarkan fahaman Mulhid (Atheis) 108 berleluasa maka ia sepatutnya membenarkan kegiatan- kegiatan Islam bergerak dengan bebasnya. Di samping itu, Ustaz Sa’id Nursi telah menghantar satu kenyataan (rayuan) kepada Yang di Pertua mahkamah, Ali Riza Balaban yang berbunyi sedemikian:— “Saya tidak tahu menulis dengan huruf rumi yang baru. Tulisan saya dalam huruf lama (huruf Arab) pun masih terdapat kekurangan. Lagi pun, saya tidak dibenarkan berbincang dengan sesiapa pun, Saya benar-benar dipencilkan. Surat tuduhan diambil daripada saya selepas hanya lima belas minit sahaja berada di tangan saya. Saya tidak mampu mengambil seorang peguam. Saya hendak menghantar ‘Meyve Risalasi’ iaitu rumusan mengenai ‘Risalah an-Nur’ kepada pendakwa raya dan kerajaan di Ankara, akan tetapi buku-buku rumusan tersebut telah dirampas dari saya. Mahkamah Eskishehir telah memberi saya sebuah mesin taip ketika di penjara bagi membolehkan saya membuat persediaan untuk mempertahankan diri. Saya merayu agar saya diberi sebuah mesin taip atau pun saya dibenar mendapatkan mesin taip itu. Dengan cara ini bamlaii saya dapat membuat persediaan untuk menv pertahankan diri saya dan iuga ‘Risalah an-Nur’. Saya hendak menghantar kenyataan-kenyataan ini kepada Kementerian Keadilan, Menteri-menteri Kabinet, Parlimen dan Majlis-majlis Perundangan Negeri. Kenyataan ini akan diberi nama ‘Meyve Risalasi’.” Dalam kenyataan ini, Ustaz Sa’id Nursi menjelaskan bahawa ‘Risalah an-Nur’ tidak ada kaitan dengan politik dan murid-muridnya tidak menggunakan agama untuk tujuan politik. Ustaz Sa’id Nursi juga mencadangkan dibentuk satu jawatankuasa yang terdiri 109 dari ulama untuk mengkaji ‘Risalah an-Nur'. Katanya kalaulah jawatankuasa tersebut mengambil keputusan tidak mengesahkan (atau menolak) hujahnya, maka beliau bersedia menerima hukuman. Mahkamah pun menubuhkan jawatankuasa tersebut akan tetapi, Ustaz Badiuzzaman enggan mengiktiraf jawatankuasa itu kerana ianya terdiri dari pegawai-pegawai yang bukan ulama yang sebenar. Kata beliau: “Orang-orang ini bukannya ulama. Mereka ini orang jahil. Mereka ini tidak layak mengkaji ‘Risalah an-Nur’. Biarlah anggota jawatankuasa ini diambil dari pusat-pusat pengajian tinggi di Ankara atau pun dari kalangan ahli falsafah Eropah.” Akhirnya, satu Jawatankuasa dibentuk terdiri dari Professor Yusuf Ziya Yorukhan (dari Jabatan Hal Ehwal Agama), Necati Lugal (iaitu Pengarah Pusat Sharkiyat) dan Yusuf Aykut (dari Persatuan Sejarah Turki). Jawatankuasa ini pun mengkaji dan menyiasat segala isi ‘Risalah an-Nur’ dan juga surat- surat Badiuzzaman Sa’id Nursi. Mereka membuat keputusan bahawa kegiatan-kegiatan Ustaz Sa’id Nursi tidak ada kaitan dengan politik, atau mana-mana kumpulan sufi atau parti. Hasil usahanya adalah berbentuk ilmiah dan menyentuh keimanan saja. Karya-karya tersebut adalah satu bentuk tafsir Al-Quran. Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Penyiasat tadi dan juga hujah-hujah Ustaz Sa’id Nursi sendiri, maka pada 15 Jun, 1944, mahkamah pun mencapai kata putus bahawa tuduhan-tuduhan terhadap beliau tidak dapat dibuktikan. Mahkamah berpendapat usaha beliau menyentuh bidang ilmu agama dan kitab ‘Risalah an-Nur’ adalah hasil dari kajian yang dibuatnya sendiri. ‘Risalah an- Nur’ telah dicetak oleh penuntut-penuntutnya dan 110 diberikan kepada sesiapa sahaja yang cenderung terhadap agama. Oleh sebab itu, Ustaz Sa’id Nursi tidak melanggar perkara 163, Kanun Jenayah Negara. Keesokan harinya, Ustaz Sa’id Nursi pun dibebaskan selepas sembilan bulan meringkuk dalam penjara. Kesemua penuntutnya dan juga kitab-kitabnya dibebaskan. Dua orang penuntutnya — iaitu Hafiz Ali dari Islamkoy dan Ahmad Sayda dari Iskilip meninggal dunia dalam penjara. Hafiz Ali adalah penulis khat bagi Ustaz Sa’id Nursi pada peringkat awal dahulu. Adalah menjadi perkara biasa bagi Ustaz Sa’id Nursi memberi khutbah dan ceramah-ceramah kepada kakitangan dan banduan-banduan penjara tempat beliau ditahan. Walaupun kebanyakan masa beliau habis dalam keadaan keseorangan dan disekat daripada bercakap- cakap dengan orang lain, akan tetapi setiap kali ada peluang untuk berhubung dengan orang yang ada, beliau mempergunakan tanpa lengah. Beliau melakukan hal ini di penjara Eskishehir dan penjara Denizli. Kegiatan heliau ini telah mengubah penjara menjadi pusat pengajian dan diberinya gelaran ‘Madrasah Nabi Yusuf kerana mengambil sempena Nabi Yusuf a.s. yang pemah dipenjarakan selama tujuh tahun. Banduan-banduan yang Download 159.36 Kb. Do'stlaringiz bilan baham: |
Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling
ma'muriyatiga murojaat qiling