Al- khawarizmi


Download 451 b.
Sana17.02.2017
Hajmi451 b.
#650



AL- KHAWARIZMI

  • AL- KHAWARIZMI

  • IBN SINA

  • AL-RAZI

  • AL-ZARQALI

  • IBN HAITHAM



BIODATA:

  • BIODATA:

  • Nama sebenar beliau ialah Abu Ja'far Muhammad ibn Musa. Dilahirkan di Khuwarizam (Rusia) sekitar tahun 780 Masihi. Beliau telah belajar di waktu mudanya ilmu-ilmu Greek, Hindi dan Parsi.

  • Beliau muncul di Baghdad pada masa pemerintahan Al Ma’mun & telah berjaya mendapat penghargaan dan kedudukan sehingga dilantik mengetuai Bait al Hikmah, sebuah akademi yang berfungsi sebagai perpustakaan dan tempat penyelidikan dan pengajian termasyhur pada kurun ke 9 & 10 Hijrah. Ia telah ditubuhkan oleh Al-Ma’mun untuk mengumpul manuskrip-manuskrip sanitifik dari Greek.

  • Tugas utama Al-Khuwarizmi di Bait al-Hikmah ialah menterjemahkan manuskrip-manuskrip tersebut. Selain itu, al-Khawarizmi juga telah dilantik menjadi wakil delegasi ke luar negeri. Beliau telah meninggal dunia di Baghdad, Iraq sekitar tahun 850 Masihi.



SUMBANGAN:

  • SUMBANGAN:

  • Al-Khuwarizmi merupakan seorang yang berfikiran ke hadapan di bidang matematik dan arithmatik .Beliau telah digelar sebagai ahli matematik terulung dan zaman beliau dikenali sebagai zaman Al Khuwarizmi. Antara sumbangan beliau dalam bidang Matematik dan Arithmatik adalah seperti berikut:-

  • Sumbangan terpenting dan termasyhur al-Khuwarizmi ialah menghasilkan buku pertama dalam algebra yang dinamakan “Aljabar wa al Muqabalah”, Ia mengandungi himpunan pengetahuan yang membolehkan terbentuknya algebra. Dalam menghasilkan algebra, beliau telah menggabungkan antara matematik Hindi dan kejuruteraan Greek.



Menyusun risalah kecil di bidang arithmetik yang dianggap sebagai yang pertama di bidang ini. Ilmu ini dikenali beberapa kurun selepasnya dengan nama Algorisme. Di dalam risalah tersebut, beliau telah membicarakan angka-angka Hindi, sifar dan kedudukan angka. Risalah ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh oleh Adelard of Bath.

  • Menyusun risalah kecil di bidang arithmetik yang dianggap sebagai yang pertama di bidang ini. Ilmu ini dikenali beberapa kurun selepasnya dengan nama Algorisme. Di dalam risalah tersebut, beliau telah membicarakan angka-angka Hindi, sifar dan kedudukan angka. Risalah ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh oleh Adelard of Bath.

  • Melalui kejuruteraan, beliau telah menemui jalan bagi menyelesaikan persamaan quadratik iaitu permasalahan yang paling tinggi dicapai oleh orang Greek. Beliau juga telah menghasilkan buat julung kalinya jadual kosain.

  • Beliau juga telah menghasilkan buku “Al Jamu' wa al Tafriq bi Hisabi al Hind" yang menyentuh tentang matematik Hindi.



BIODATA:

  • BIODATA:

  • Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.

  • Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi.

  • Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

  • Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.



SUMBANGAN:

  • SUMBANGAN:

  • Antara sumbangan Ibn Sina ialah menghasilkan lebih kurang 456 buah buku sepanjang hayat beliau dalam pelbagai judul, khasnya bidang perubatan.

  • Karya beliau yang paling berpengaruh pada abad ke 10 ialah Al-Qanun fi al-Tib yang mengandungi 5 jilid. Ia telah menjadi buku teks perubatan yang paling terkenal dan digunakan selama enam abad kemudiannya di Eropah. Antara kandungannya menceritakan gejala2 penyakit seperti diabetes, penyakit venerologi dan menjelaskan bahawa penyakit batuk kering boleh berjangkit melalui udara.

  • Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart Buku itu menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya.



BIODATA:

  • BIODATA:

  • Nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi. Lahir pada tahun 236H /850M di Ray, Iran.

  • Pada zaman mudanya, beliau menjadi pemain gambus sambil menyanyi. Beliau kemudiannya meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192 - 240H/808-855M) dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Dalam masa yang sama, beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia.

  • Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, al-Razi diberi kepercayaan memimpin rumah saki selama enam tahun (290-296H/902 - 908M). Kemudian al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi (289 - 295H/901 - 908M), yang berkuasa pada waktu itu.



SUMBANGAN:

  • SUMBANGAN:

  • Al-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat dalam pelbagai bidang.

  • Karya agung beliau dalam bidang perubatan ialah Kitab al-Hawi (Liber Contines) yg merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik Ia menjadi rujukan penting di dunia Eropah. sejak abad ke-12M sehingga abad ke-17M.

  • Karya beliau yang lain ialah Kitab al-Mansur (Liber medicinalis). Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang sains perubatan. beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit.

  • Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan



di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M.

  • di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M.

  • Antara sumbangan lain al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.Beliau juga dikatakan sebagai pengasas perubatan psikooptik.

  • Dalam kerja-kerja kedoktoran, al-Razi menekankan keseimbangan rohani dan jasmani kerana pada pendapat beliau penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan jasmani perlu digemblengkan.

  • Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M.



SUMBANGAN:

  • SUMBANGAN:

  • Al-Zarqali merupakan salah seorang tokoh dalam bidang astronomi.

  • Beliau telah mencipta pelbagai alat astronomi yang bermutu tinggi. Beliau juga telah membina sebuah jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu siang dan malam.

  • Beliau juga telah menyusun nama hari dalam setiap bulan. Antaranya almanak yang mengandungi pelbagai jadual untuk menentukan hari yang menjadi permulaan bagi setiap bulan lunar, koptik Romawi dan Parsi.



BIODATA:

  • BIODATA:

  • Nama sebenarnya Abu Ali Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham. Di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen.

  • Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H /965 Masihi. Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

  • Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Semasa di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak.



Tujuannya adalah untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya di Universiti al-Azhar.

  • Tujuannya adalah untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajiannya di Universiti al-Azhar.

  • Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan falsafah.

  • SUMBANGAN:

  • Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop & teleskop.

  • Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia



Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan gerhana., beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.

  • Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang bayang dan gerhana., beliau juga telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.

  • Selain itu, Ibnu Haitham turut menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Issaac Newton mengetahuinya.

  • Selain itu, teori Ibnu Hai­tham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan.

  •  



wayang gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini

  • wayang gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini

  • Beliau telah menghasilkan banyak buku dan makalah. Antara buku karyanya termasuk:

  • 1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu

  •    matametik dan matametik penganalisaannya;

  • 2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;

  • 3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;

  • 4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap rantau;

  • 5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak



AL-GHAZALI

  • AL-GHAZALI

  • AL-FARABI

  • IBN KHALDUN

  • IBN BATTUTA

  • HAMKA



BIODATA:

  • BIODATA:

  • Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali Dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah.

  • Sejak kecil, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai pelbagai bidang ilmu. Kecintaannya terhadap ilmu mendorongnya merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya.

  • Semasa muda, beliau mempelajari ilmu fiqh dan ilmu perundangan Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali dilantik sebagai profesor Universiti Nizami.

  • Walaupun telah bergelar profesor, beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah untuk berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal di sana.



SUMBANGAN:

  • SUMBANGAN:

  • Al-Ghazali telah menulis beberapa buah buku falsafah dalam bidang logika, fizik dan metafizik yang sangat berpengaruh di Eropah. Kebanyakan bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, antaranya;

  • Al Munqiz Min al Dhalal (Penyelamat Kesesatan),

  • Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah)

  • Mizanul Amal (Timbangan Amal)

  • Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan)

  • Mahkun Nazar & Mi’yarul Ilmu (Mengenai Ilmu Logik)

  • Maqasid al Falasifa (Tujuan Falsafah).



BIODATA:

  • BIODATA:

  • Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Di barat, beliau dikenali sebagai Alpharabius. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki.

  • Beliau telah mempelajari bahasa Arab dengan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.sejak kecil lagi.

  • Beliau kemudiannya mempelajari ilmu falsafah dengan Abdul Bashar Matta & Yuhanna ibn Khailan. Beliau amat tertarik dengan ilmu falsafah Aristotle.

  • Kemiskinan tidak menghalang beliau untuk terus mencari ilmu. Beliau bekerja sebagai penjaga rumah di Damascus & membaca buku di bawah sinaran lampu jalan. Perihal beliau telah mendapat perhatian Khalifah lalu memberinya elaun 4 dirham sehari. Dengan wang inilah, Al-Farabi menyara diri, belajar, mengajar, menyalin,dan menterjemah buku-buku.



SUMBANGAN:

  • SUMBANGAN:

  • Meskipun Al-Farabi memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, keterampilannya lebih menyerlah dalam bidang falsafah.

  • Falsafah Al-Farabi lebih cenderung kepada sufisme, ilmu logik dan metafizik. Ia lebih membahaskan kepada;

  • Membuat analisis antara fakta yang benar dan yang palsu untuk tujuan mendapatkan ilmu

  • Membuat perbezaan antara yang baik dan yang jahat bagi tujuan mendapatkan kesempurnaan

  • Menggesa orang ramai mempelajari ilmu logik agar seseorang itu dapat membezakan antara yang betul & yang salah.

  • Ilmu metafizik hendaklah disokong dengan dalil-dalil logik.Antara yang dibincangkan ialah tentang sifat, kewujudan, konsepsi , hal-hal yang tidak wujud, zat, benda dan lain-lain.



e) Mempercayai alam semesta dijadikan Tuhan dengan satu maksud & maksud tersebut hanya Tuhan sahaja yang tahu.

  • e) Mempercayai alam semesta dijadikan Tuhan dengan satu maksud & maksud tersebut hanya Tuhan sahaja yang tahu.

  • f) Alam ini mempunyai permulaan & kesudahan.

  • Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa’ al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

  • Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.



BIODATA:

  • BIODATA:

  • Nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan.

  • Dilahirkan di Tunis pada 1 Ramadan 732H.

  • Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.

  • Mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara guru beliau ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam.

  • SUMBANGAN:

  • Ibn Khaldun banyak memberi sumbangan dari segi sosial & ekonomi yang dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah.

  • Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa. Antaranya ialah:

  •  



a) Teori Manusia & Ekonami

  • a) Teori Manusia & Ekonami

  • Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan, kerjasama, & kesederhanaan

  • Berhubung dengan keadilan, Ibn Khaldun menekankan bahawa keadilan merupakan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.

  • Ibn Khaldun menganggap manusia sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini dan bukannya haiwan ekonomi (economic animal)Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam untuk memperbaiki dirinya & mesti mengutamakan kehidupan akhirat.



b) Teori Pengeluaran

  • b) Teori Pengeluaran

  • Dalam teori pengeluaran,  Ibn Khaldun berpendapat bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.

  • Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap.

  • Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.



c) Teori Pengagihan

  • c) Teori Pengagihan

  • Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.

  • Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.

  • Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu



BIODATA:

  • BIODATA:

  • Nama sebenar Ibn Batutah (1304-1377M) ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya.

  • Pernah dilantik sebagai kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat.

  • SUMBANGAN:

  • Dikenali sebagai ‘Bapa Pelayaran’ kerana beliau telah mengembara selama 28 tahun , sejauh 120 675 kilometer.

  • Pengembaraannya yang mashur ialah 1/3 terakhir iaitu ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Tempat-tempat yang telah dilawati seperti Tangiers, Algiers, Mesir Palestin, Syria, Makkah Yunan, Aden, Mombasa, Iran, Asia Tengah India, China, Ukraine Selatan, Khurassan,



Bukhara, Lahore, Sukkar, Multan, Sumatera, Tanah Melayu, Sepanyol, Afrika Tengah dan lain-lain.

  • Bukhara, Lahore, Sukkar, Multan, Sumatera, Tanah Melayu, Sepanyol, Afrika Tengah dan lain-lain.

  • Beliau sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, beliau akan bertanya segala-galanya yang menyentuh pakaian, makanan, sosial & kebudayaan sesebuah masyarakat. Beliau turut memperincikan alam fizikal yang berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, hasil ekonom, eksport negara, bandar-bandar, pelabuhan-pelabuhan & jalan2 perhubungan.

  • Selepas itu beliau menetap di Pas, Magribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya.

  • Salah seorang penulis di Pas iaitu Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Beliau telah menghasilkan buku “Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” yang menyentuh mengenai pengembaraan Ibn Batutah. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan di banyak tempat.



BIODATA:

  • BIODATA:

  • Beliau ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai (HAMKA).

  • Dilahirkan di Sungai Batang, Maninjau pada 16  Feb 1908. Ayahnya Tokoh Islam terkenal iaitu Dr H.A Karim Amrullah @Haji Rasul pembawa pembaharuan Islam di Minangkabau.

  • Beliau bersekolah di Desa Padang Panjang, dan mempelajari Al-Quran dengan ayahnya sampai khatam. Beliau belajar agama di sekolah Diniyah School dan Sumatera Thawalib di Padang Panjang dan Parabek 1916-1923.

  • Pada tahun 1924, beliau berangkat ke Jogja dan mengikuti kursus pergerakan Islam dari HOS Tjokrominoto, H. Fachruddin,R.M. Suryopranoto dan iparnya sendiri A.R. St. Mansur.

  • Pada tahun 1927 beliau berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu.





SENI BINA

  • SENI BINA

  • SENI KHAT

  • SENI UKIR/HALUS

  • SENI MUZIK

  • SENI SASTERA



Bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak.

  • Bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak.

  • Seni bina Islam memiliki gaya khas berunsurkan bentuk pilar,busar, kubah & menara.

  • Ada 3 jenis seni bina Islam;

  • Bangunan sipil (imarah madaniyah) dalam perancangan bandar, bangunan & taman.

  • Merangkumi bangunan kediaman, kedai, jambatan, saluran air, rumah rehat bilik mandi, perpustakaan, sekolah dll.

  • Dihiasi dengan corak tumbuh2an dalam bentuk geometri yang halus & kompleks disulami dengan tulisan & ukiran Arab yang indah.

  • Terdapat ruang pemisah antara lelaki & perempuan termasuk tandas.



Menitikberatkan kepada reka bentuk yang sesuai dengan keadaan & iklim setempat

  • Menitikberatkan kepada reka bentuk yang sesuai dengan keadaan & iklim setempat

  • b) Bangunan agama (imarah diniyyah) seperti masjid.

  • Seni bina masjid adalah karya seni yang pertama sebelum berkembangnya seni-seni yang lain.

  • Dari sudut sejarah, ia bermula dengan pembinaan masjid pertama yang diasaskan oleh Rasulullah saw. di Quba’.

  • Konsep seni bina Islam dapat dilihat pada seni bina masjid yang amat dipengaruhi oleh falsafah tauhid dan pengaruh tempatan.

  • Falsafah seni masjid dapat dilihat pada ruangnya yang terbuka luas yang bermaksud terbuka kepada semua tanpa mengira pangkat dan keturunan. Ini kerana semua umat Islam sama di sisi Allah kecuali ketakwaan



Selain itu, ia banyak mengetengahkan bentuk-bentuk bulat yang merupakan bentuk paling sempurna yang mencerminkn kelembutan & kehalusan.

  • Selain itu, ia banyak mengetengahkan bentuk-bentuk bulat yang merupakan bentuk paling sempurna yang mencerminkn kelembutan & kehalusan.

  • c) Bangunan ketenteraan (imarah harbiyyah) seperti benteng-benteng & menara pertahanan.

  • Menara yang dibina tegak meninggi ke ruang lepas & dihiasi puncaknya dengan bulan & bintang melambangkan peningkatan jiwa pada alam syahadah ke alam ghaib yang tidak bertepi.

  • Dinding menara dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk khat. Hal ini yang ditiru oleh bangunan gereja Kristian yang menggantikannya dengan huruf Latin.

  • Antara menara yang tercantik yang pernah dibina ialah Menara Cairo & Menara al-Kutubiya di Morocco.



Erti: Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk2 huruf tunggal, penyusunannya, cara2 merangkainya menjadi sebuah tulisan tersusun, cara penulisan & menggubah tulisan.

  • Erti: Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk2 huruf tunggal, penyusunannya, cara2 merangkainya menjadi sebuah tulisan tersusun, cara penulisan & menggubah tulisan.

  • Sejarah perkembangan:

  • Seni khat lahir serentak dengan lahirnya Islam kerana ia berkait rapat dengan pengaruh al-Quran. Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw, terus dihafal oleh baginda & pengikutnya. Mereka yang berkebolehan telah menulis di atas tanah2 kering, batu dll.

  • Dengan kewafatan baginda pada tahun 10 Hijrah & kematian penghafal2 dalam peperangan, menyebabkan Sayyidina Umar al-Khattab mendesak Khalifah Abu Bakar agar mengumpul & menulis wahyu dalam bentuk yang lebih kekal.

  • Ketika sistem ejaan Arab di majukan pada abad ke-7 seperti titik & baris, beberapa gaya & skrip tulisan dicipta & direka. Bentuk



terawal ialah bentuk bersegi yang dikenali sebagai kufi. Gaya kufi dikembangkan lagi kepada 3 bentuk iaitu kufi berbunga, jalinan & bercorak binatang.

  • terawal ialah bentuk bersegi yang dikenali sebagai kufi. Gaya kufi dikembangkan lagi kepada 3 bentuk iaitu kufi berbunga, jalinan & bercorak binatang.

  • Pada kurun ke 10 Masihi, Ibn Muqlah, seorang ahli khat terkemuka telah mecipta kaedah baru menyempurna & mempiawaikn penulisan khat (al-Khatab al-Mansuh). Beliau turut memperkenalkan bentuk tulisan bulat & kursif yang dikenali sebagai “naskhi”pada kurun ke 11 Masihi.

  • Ekoran daripada itu, Ibn Bawwab, seorang pegawai tinggi telah menghasilkan satu daripada 6 jenis tulisan kursif yang menarik.

  • Seterusnya, Yaqut ibn Abd Allah telah memperbaiki tulisan ini & mengasaskan ‘sittah” 6 jenis tulisan yang terkenal ketika itu.

  • Tokoh2 penting dalam perkembangan khat & sumbangan mereka:

  • Zayd ibn Thabit - penulis wahyu Nabi Muhammad saw

  • Abu ibn al-Aswad al-Du’ali (688M) – pencipta sistem titik berwarna besar yang digunakan pada zaman awal Islam sebagai penanda vokal.



Qutbah al-Muharrir – penulis khat Umayyah yang mencipta 4 bentuk khat utama iaitu tumar, jalif, nisf & thuluth.

  • Qutbah al-Muharrir – penulis khat Umayyah yang mencipta 4 bentuk khat utama iaitu tumar, jalif, nisf & thuluth.

  • Khawaja Taj al-Salmani (abad ke-9)- mencipta tulisan ta’liq

  • Al-Ahwal al-Muharrir (abad ke-9)- mencipta sebilangan tulisan bersurih & mencipta tulisan ghubar.

  • Ali ibn Ubaydah al-Rayhani (834M)- mencipta tulisan rayhani

  • Abu Ali Muhammad ibn Muqlah (934-940M)- mecipta kaedah baru menyempurna & mempiawaikn penulisan khat (al-Khatab al-Mansuh).

  • Abu al-Hasan Ali ibn Hilal, terkenal dengan nama al-Bawaab (1022M)- menyempurnakan sittah & menyalin Al-Quran lengkap sebanyak 64 kali.

  • Yaqut al-Mustasim (1298M)- menyempurnakan tulisan khat awal &mencipta tulisan baru, melatih penulis khat & memperkenalkan potongan berbeza tentang pena reed.

  • Mir Ali Sultan al- Tibrizi (1416M), mencipta tulisan nasta’liq & melatih ramai penulis khat.



Seni ukir/ halus berkembang seiring dengan seni khat.

  • Seni ukir/ halus berkembang seiring dengan seni khat.

  • Seni ukir/halus terdapat pada objek-objek seperti:

  • Kayu & logam

  • Banyak terdapat pada zaman kerajaan Fatimiyyah.

  • Logam yang dipilih biasanya daripada emas, perak & tembaga. Contoh: Wang syiling, cerek, bekas air, tungku & topi besi perang.

  • Enamel

  • Ukiran seni enamel orang Islam berkembang di Eropah & di Cairo, Mesir pada zaman Fatimiyyah.

  • Bentuk enamel ada dalam lampu, gelas, botol & mangkuk.

  • Seramik

  • Terdapat pada cangkir, piring & tembikar

  • Antara ukiran seramik yang terkenal ialah sebuah cangkir berwarna emas yang terdapat 3 jenis ukiran iaitu di atasnya dihiasi khat kufi, di tengahnya gambar burak & di bawahnya orang bermain alat muzik.

  • Stopless

  • Merupakan sejanis ukiran botol. Warna semarak biasanya dipilih untuk menghiasi stopless.



Barang-barang tenunan.

  • Barang-barang tenunan.

  • Tenunan tekstil bermula di Iran, Syria & Mesir.

  • Keluarga Attabi yang mula-mula memperkenalkan seni tenunan sutera pada abad ke-12 & berkembang pada zaman Islam di Sepanyol.

  • Manakala permaidani dibawa ke Eropah dari negara Islam pada abad ke-14 Masihi sebagai tempat duduk, sejadah & penghias dinding.

  • Antara tokoh terkenal dalam seni ukir ialah Badr & Tariff (961-976 M) yang telah mencipta karya halus pada sebuah peti perak untuk dipersembahkan kepada khalifah.

  • Pelbagai barang seni turut dihasilkan untuk perhiasan istana khalifah seperti ukiran halus pada botol, tinta, papan catur, payung, pasu. Ukiran juga terdapat pada kotak loyang, cembung, piring, perabot rumah, kulit buku, ubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain.



Seni sastera Islam berkembang dari tamadun Islam & berpaksikan tauhid

  • Seni sastera Islam berkembang dari tamadun Islam & berpaksikan tauhid

  • Sumber utama sastera Islam ialah Al-Quran yang dapat dilihat dari 2 aspek iaitu keindahan bahasa dan isi kandungannya.

  • Konsep pengajaran sastera Islam ialah untuk mencari kebenaran, keadilan & ketenteraman.

  • Sastera Islam mula disebar oleh Rasulullah saw & terus berkembang pada zaman khalifah-khalifah Islam.

  • Sumbangan seni sastera Islam telah memberikan banyak faedah terutama dari segi politik, ketenteraman, agama & sosial.

  • Pengaruh sastera Islam juga sangat besar di Eropah. Antara karya bermutu yang dihasilkan oleh sasterawan Islam yang terkenal di dunia barat adalah seperti berikut:

  • Hikayat 1001 Malam, karya Firdausi

  • Diulang cetak berpuluh-puluh kali 7 diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa.

  • Pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Antionne Galland pada tahun 1704 M, kemudian diterjemahkan oleh Dr.A.W Lane & Henry Torrens. Terjemahan terbaik & lengkap oleh Sir Richard Burton dengan judul baru ‘Arabian Night’.



Rubaiyat Omar Khayyam oleh Firdausi.

  • Rubaiyat Omar Khayyam oleh Firdausi.

  • Menjadi terkenal selepas diterjemahkan oleh Edward Fitzgerald ke dalam bahasa Inggeris. A.W Hamilton kemudiannya telah menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

  • Shah Nameh oleh Firdausi

  • Diterjemahkan oleh Halene Jimmer ke bahasa Inggeris pada tahun 1883 M dengan judul Epic Kings. Ia diterjemahkan semula ke dalam bahasa Inggeris oleh George Warner & Edmund Warner yang mengandungi 8 jilid besar.

  • Ia juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa German oleh Van Schach.

  • Gulistam & Bustan oleh Muslehudin Al Saadi.

  • Orang Eropah menganggapnya sebagai sekuntum bunga yang paling wangi daripada segala bunga yang pernah tumbuh.

  • Ia telah diterjemahkan oleh Geothe ke dalam bahasa Jerman.

  • Hayy ibn Yaqzhan, karya Ibn Tufail.

  • Ia memberi pengaruh besar terhadap kelahiran Robinson Crusoe oleh Daniel Defoe.



Seni muzik telah mendapat tempat yang penting dalam tamadun Islam.

  • Seni muzik telah mendapat tempat yang penting dalam tamadun Islam.

  • Lukisan2 dalam buku Hikayat 1001 Malam dihiasi dengan gambar2 sekumpulan ahli muzik yang sedang membuat persembahan di hadapan khalifah. Ia menggambarkan betapa besarnya penghargaan umat Islam terhadap seni muzik pada zaman Abbasiyyah.

  • Terdapat 2 jenis muzik Islam pada masa itu:

  • Muzik vokal

  • Melahirkan qasidah, qit’a (fargment), ghazal (love song), mawal (song of beauty).

  • Muzik instrumental

  • Melahirkan melodi (nada bunyi/not not lagu yang dipanggil tarkib, majmu’ atau rhytam)

  • Peralatan muzik yang terdapat pada masa itu ialah ponar flextile, qanun psalery, nay flute (ciptaan Khalifah Hakam II), tabl (drum ciptaan Safi al-Din Abdul Ma’mun), duff taambaurine, qadib wand, Urganun (organ ciptaan Ziryab) gitar, nafe trumpet & buq clarion.



Tokoh-tokoh yang berkaitan dengan seni muzik:

  • Tokoh-tokoh yang berkaitan dengan seni muzik:

  • Ibn Misjan (705 M) telah memperkenalkan irama Misjah kepada orang2 Hijaz. Irama ini kemudiannya telah diperbaiki oleh Ishak al-Mansili, kemudiannya oleh al Isfahani yang memperkenalkan rhythm Zalzaliaz & Khurasanain.

  • Al-Farabi & Ibn Sina telah megadun nilai muzik Islam dengan nilai muzik Yunan. Buku al-Farabi yang teragung ialah ‘The Grand Book of Music.’

  • Al-Kindi (874M), Al-Farabi (985M), Al-Khawarizmi (1000M) & Ikhwan al-Safa telah mencipta pelbagai peralatan muzik seperti gitar, flut, dram, klarinet & organ.

  • Antara penulis lirik & komposer terkenal pada zaman kegemilangan Islam seperti Yunus al-Khatib (752M), Khairel ibn Ahmad (772-842M). Ibn Nadiem al-Manshiley (772-849M) menulis/meletak not-not melodi dalam lirik lagu. Hunayan ibn Haq (810-973M) merupakan penilai suara lagu.

  • Al-Khindi (809-973M) terkenal sebagai pencipta peralatan muzik & cara membunyikannya serta penulis lagu



Download 451 b.

Do'stlaringiz bilan baham:




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling