Agensi antidadah kebangsaan kementerian dalam negeri


Download 1.88 Mb.
Pdf ko'rish
bet137/158
Sana09.01.2023
Hajmi1.88 Mb.
#1084970
1   ...   133   134   135   136   137   138   139   140   ...   158
Bog'liq
Demographic determinants of the drug abu

PENGENALAN
Gelagat luar tabii dan gejala sosial terutamanya di kalangan muda mudi
sejak beberapa tahun kebelakangan ini dikatakan mempunyai kaitan
dengan masalah penyalahgunaan dadah. Malah peningkatan
penggunaan dadah sintetik (ATS) turut dihubungkaitkan dengan
peningkatan indeks jenayah melalui kenyataan Ketua Polis Negara dalam
akhbar Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2006.
Penagihan dadah turut dikaitkan dengan pelbagai jenis
penyakit. Sharol Lail Sujak (2001) mencatatkan bahawa sehingga 1998,
jumlah keseluruhan penagih dadah di Malaysia seramai 160,427 orang
dan daripada jumlah itu seramai 20,301 orang penagih telah disahkan
dijangkiti virus HIV+. Perangkaan pada tahun 2006 oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa lebih daripada 75% kes-
kes HIV+ adalah dari kalangan penagih dadah yang menggunakan
jarum suntikan. Ini pula memberi gambaran bahawa masalah
penagihan tidak hanya berhenti di situ tetapi telah merebak ke tahap
yang lebih menyulitkan.
Sememangnya, permasalahan penyalahgunaan dadah merupakan
satu krisis yang perlu ditangani oleh Agensi Antidadah Kebangsaan
dengan kerjasama pelbagai jabatan lain akibat peningkatan pelbagai jenis
penagih yang dikesan setiap tahun, sama ada kes-kes penagih baru
ataupun kes penagihan berulang (Laporan ADK, 2002). Peningkatan ini
juga menunjukkan bahawa strategi antidadah yang digunakan sejak
penggubalannya pada tahun 1983 mungkin belum dapat memberikan
impak seperti yang diharapkan.


Keberkesanan Program Kaunseling Rawatan
dan Pemulihan Dadah dari Perspektif Penghuni Pusat Serenti
1 5
Zulkhairi Ahmad & Profesor Dr. Mahmood Nazar Mohamed , m/s 13-28
Dua pendekatan digunakan oleh AADK
3
untuk membanteras
masalah ini, iaitu dengan menggunakan strategi pengurangan bekalan
dan pengurangan permintaan. Tumpuan yang diberikan di sini ialah
pendekatan pemulihan penagih dadah. Pemulihan penagih dadah
merupakan satu aspek penting dalam mengurangkan permintaan
terhadap dadah dan aspek ini kerap menjadi tumpuan oleh para
penyelidik bidang penagihan dadah (Mahmood, Md. Shuaib & Abdul
Halim, 1993). Kaedah dan pendekatan rawatan dan pemulihan yang baru
telah dipraktikkan dengan lebih berkesan melalui pendekatan psikologi
yang digunakan menerusi program kaunseling.
Dalam program rawatan dan pemulihan dadah yang diamalkan
di luar negara seperti di Britain dan Amerika Syarikat, pendekatan
tingkah laku dan psikososial, khususnya kaunseling adalah di antara
kaedah utama untuk memulihkan penagih dadah. Melalui kaunseling,
seseorang itu akan dibantu untuk membina kemahiran mengurus
tekanan seharian, meningkatkan keupayaan ‘coping skills’ serta ‘self-
mastery’
dalam penyesuaian diri dan penyelesaian masalah, seterusnya
mendorong mereka untuk membina gaya hidup yang sihat. Justeru itu,
adalah penting untuk mengetahui keberkesanan program kaunseling
yang dijalankan di pusat-pusat pemulihan dadah.

Download 1.88 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   133   134   135   136   137   138   139   140   ...   158




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling