Agensi antidadah kebangsaan kementerian dalam negeri


 4 Zulkhairi Ahmad & Profesor Dr. Mahmood Nazar Mohamed , m/s 13-28 iii. Harga Diri


Download 1.88 Mb.
Pdf ko'rish
bet146/158
Sana09.01.2023
Hajmi1.88 Mb.
#1084970
1   ...   142   143   144   145   146   147   148   149   ...   158
Bog'liq
Demographic determinants of the drug abu

2 4
Zulkhairi Ahmad & Profesor Dr. Mahmood Nazar Mohamed , m/s 13-28
iii. Harga Diri
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujud hubungan yang
signifikan di antara tahap harga diri yang tinggi dengan persepsi bahawa
program kaunseling itu berguna untuk mereka. Ini menunjukkan bahawa
penghuni-penghuni yang telah menjalani program kaunseling dapat
merasai peningkatan harga diri mereka. Perasaan atau persepsi lampau
seperti merasakan diri mereka sudah tidak berguna mungkin dapat
dihilangkan daripada pemikiran dan sanubari mereka. Melalui program
kaunseling, penghuni-penghuni dapat meningkatkan semula harga diri
dan menangkis apa yang telah berlaku kepada diri mereka semasa di
alam penagihan dan merasakan bahawa diri mereka masih mempunyai
nilai sekurang-kurangnya sama seperti orang lain. Peningkatan harga
diri ini dapat dilihat melalui perubahan fizikal penghuni di mana mereka
kelihatan yakin, berketrampilan dan lebih sihat berbanding dengan
semasa baru masuk ke pusat serenti.
Hubungan yang ditunjukkan di antara persepsi program
kaunseling dengan peningkatan harga diri adalah secara positif. Ini
bermakna semakin tinggi keberkesanan program kaunseling, semakin
tinggi peningkatan harga diri. Dapatan kajian ini menyokong keputusan
kajian oleh Mahmood (1999) bahawa peranan kaunseling dalam pemulihan
dapat membantu klien membina tingkah laku baru yang positif,
mengembangkan kemahiran dan berpotensi menyelesaikan masalah,
merapatkan dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan
harga diri, mewujudkan kesedaran diri, berfikiran positif dan menolong
mereka untuk membina sikap berdikari.
Keputusan kajian ini juga turut menyokong dapatan penelitian
Mahmood, Md. Shuaib, Lasimon, Muhamad Dzahir dan Rusli (1999) yang
mengkaji aspek psikologi penagih. Kajian mereka yang menumpukan
terhadap aspek-aspek psikologikal seperti kemurungan, kebimbangan
dan harga diri, mendapati bahawa berlaku perubahan yang signifikan
pada aspek peningkatan harga diri, penurunan tahap kebimbangan serta
kemurungan pada penagih.

Download 1.88 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   142   143   144   145   146   147   148   149   ...   158




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling