Mujaddid islam sheikh bediuzzaman
Download 159.36 Kb. Pdf ko'rish
|
31 Selepas beliau sampai ke Van, beliau mula menyeru suku-suku di sana tentang akhlak dan Ilmu Islam. Ketika inilah beliau menghabiskan bukunya bertajuk “Munazarat”. Ketika ini juga beliau telah membuat satu lawatan singkat ke Diyarbakir. Di Diyarbakir, beliau menemui Ziya Gokalp *12 , seorang ahli fikir Turki terkenal yang berfahaman kebangsaan. Dalam perbualannya dengan Ziya Gokalp, Ustaz Sa’id Nursi telah mengecam teori Kizil Elma *13 (epal merah) Ziya Gokalp dan juga fahaman kebangsaan Turki. Beliau berkata bahawa Kizil Elma ini hanyalah satu khayalan dan dia tidak akan menukarkan Kizil Elma ini walaupun dengan sebiji bawang. Pada awal tahun 1911, Ustaz Sa’id Nursi telah melawat Syria. Di Damsyik, beliau telah dijemput oleh ulama'- ulama’ di sana supaya menyampaikan sebuah syarahan di Masjid Umayyad yang bersejarah itu. Syarahannya yang terkenal itu telah diterbitkan dalam bahasa Arab dengan tajuk “Al-Khutbatush-Syamiyah” (Syarahan di Syria). Syarahan ini kemudiannya diteijemahkan ke bahasa Turki. Berikut ialah petikan daripada syarahannya di Damsyik iaitu: “Walau pun saya juga belajar di sekolah masyarakat manusia hari ini, saya dapati orang-orang Islam mundur dari segi kebendaan berbanding dengan orang Eropah. Hal ini berpunca dari enam perkara: 1. merebaknya sikap putus asa (kecewa). 2. tidak adanya keikhlasan dalam kehidupan masyarakat. 32 3. wujudnya sikap permusuhan. 4. tidak adanya hubungan persaudaraan (ukhwah) di kalangan umat Islam di seluruh dunia. 5. berleluasanya berbagai bentuk sifat penting diri sendiri. 6. wujudnya kezaliman. Sekarang saya akan cuba mengubati keenam-enam penyakit ini dengan berpandukan gedung ubat yang bemama Al-Quran. Al-amal ialah dengan meletakkan sepenuh harapan kepada rahmat Allah. Saya akan. menghurai tanda-tanda kemunculan kebahagiaan dunia. Dunia Islam, lebih-lebih lagi orang-orang Turki dan Arab sedang mula bangun menentang segala bentuk rintangan. Saya hendak memberitahu seluruh dunia bahawa masa depan dunia adalah untuk Islam. Kebenaran Al-Quran dan Iman akan tertegak. Jika kita benar-benar melaksanakan akhlak dan keimanan Islam, penganut-penganut agama lain akan berpusu-pusu memeluk Islam. InsyaAllah, beberapa benua dan negara mungkin bernaung di bawah Islam. Kita adalah murid-murid Al-Qur'an. Kita berpendapat bahawa seseorang itu perlu meyakini kebenaran iman dengan akal fikiran dan hati dan bukannya secara membuta-tuli saja seperti pengikut-pengikut agama lain. Peraturan Al-Quran memang sesuai dengan akal fikiran manusia. Pada masa depan, Al-Quran adalah panduan utama bagi akal, ilmu dan sains. Pada waktu itu, semua 33 perkara yang menyekat cahaya Islam dari menerangi hidup manusia akan terhapus selama-lamanya. Wahai saudara-saudara yang berada dalam masjid Umayyad ini, ingatlah bahawa pada masa hadapan, Islamlah yang akan terletak di tempat paling utama dari segi akhlak dan kebendaan. Islamlah yang akan memimpin manusia kepada kebahgiaan rohani dan duniawi. Ya, pada masa dahulu kekerasan dan kedegilan musuh dapat dipatahkan dan serangan-serangan mereka dapat ditangkis oleh meriam dan pedang, akan tetapi pada masa hadapan, mereka akan ditewaskan. oleh pedang akhlak dan kebenaran bersama-sama kemajuan duniawi yang kita capai. Tamadun Asia akan menggantikan tamadun Eropah kerana tamadun Eropah berlandaskan nafsu jahat, penindasan dan saingan. Tamadun Eropah tidak berlandaskan petunjuk Ilahi. Dalam tamadun Eropah, kejahatan mengatasi kebaikan. Tamadun Eropah sedang reput. Lantaran itu, tamadun Asia akan mengatasi tamaddun Eropah. Bagaimanakah orang-orang Islam telah jatuh ke taraf yang mengecewakan sedangkan Islam mempunyai banyak cara-cara yang kukuh bagi mencapai peningkatan rohani dan kebendaan? Mungkin tuan-tuan semua menyangka bahawa dunia hanya untuk kemajuan orang-orang kafir dan bukannya untuk kemajuan orang-orang Islam. Keinginan untuk maju itu memang sudah ditanam di dalam diri umat manusia. Sikap ini akan hilang seandainya berlaku satu malapetaka 34 yang hebat. InsyaAllah, Kita menaruh harapan bahawa dunia Islam akan mencapai kemajuan duniawi sebagai menebus kesalahan-kesalahan manusia terdahulu. Kita juga berharap dapat menegakkan tamadun yang sebenar- benar tamadun dan membawa keamanan pada dunia dengan cahaya kebenaran Islam.” Dari Damsyik, Ustaz Sa’id Nursi pergj ke Beirut dan beliau kembali ke Istanbul melalui jalan laut pada bulan Jun 1911. Ketika ini, Sultan Muhammad Rashad *14 , iaitu Sultan Turki yang baru sedang mengadakan lawatan tiga minggu ke Rumelia. Rumelia ialah kawasan Eropah yang di bawah kekuasaan Turki. Dalam lawatan ini, Ustaz Sa’id Nursi mengiringi Sultan setelah Sultan sendiri menjemputnya. Ustaz Sa’id Nursi bersama rombongan di raja ini berangkat di atas kapal perang ‘Barbarosa’ dan mereka sampai ke Salonika pada 7 Jun 1911. Pada ll Jun, 1911, rombongan tersebut telah sampai ke Uskup (atau Skopje), sebuah bandaraya bersejarah, yang juga merupakan ibu kota wilayah Kosova. Ustaz Sa’id Nursi berada di samping Sultan ketika tabik kehormatan diberikan kepada baginda di Uskup. Pada 16 Jun 1911, Sultan Muhammad Rashad, Ustaz Sa’id Nursi dan beribu-ribu orang Islam yang lain menunaikan sembahyang Jumaat di medan perang Kosova yang bersejarah itu. Di medan perang inilah Sultan Murad yang kedua telah syahid dibunuh oleh seorang pembunuh berbangsa Serbia setelah baginda berjaya mengalahkan tentera salib dalam tahun 1389. Sebenamya sebuah Universiti sedang ditegakkan di Kosova pada waktu itu. Pada ketika inilah Ustaz Sa’id Nursi mengambil peluang mencadangkan kepada Sultan dan pemimpin-pemimpin 35 Ittihadi wa Taraqqi tentang betapa perlunya dibina sebuah Universiti di Turki Timur. Mereka pun setuju dengan cadangannya untuk menubuhkan sebuah Universiti di Turki Timur. Apabila Kosova jatuh ke tangan musuh di waktu Perang Balkan, peruntukan sejumlah 19,000 lira yang disediakan bagi penubuhan Universiti Kosova telah dipindahkan kepada penubuhan Universiti Turki Timur atas permintaan Ustaz Sa’id Nursi sendiri. Badiuzzaman Sa’id Nursi pun pergi ke Van dan dikatakan bahawa beliau sendiri yang meletakkan batu asas Universiti tersebut di tebing Tasik Van. Malangnya, sebelum pembinaan dapat dimulakan, peperangan Dunia Pertama meletus dan terbengkalailah rancangan tersebut. Walau bagaimanapun, impiannya terlaksana juga apabila Universiti Erzurum ditubuhkan dengan mempunyai satu fakulti ilmu-ilmu agama. 36 2 Dl MEDAN PERANG Semenjak Perang Tripoli (1911), kerajaan Turki Uthmaniyah senantiasa terlibat dalam peperangan dengan penjajah-penjajah Eropah. Ustaz Badiuzzaman Sa’id Nursi tidak berdiam diri di saat-saat yang genting ini, beliau terus terjun ke medan perang sebagai seorang kesatria. Beliau pernah meramalkan bahawa perkara ini akan berlaku apabila satu ketika beliau berkata kepada murid-muridnya: “Bersedialah awak semua untuk menghadapi satu malapetaka yang besar dan hebat.” Walaupun Badiuzzaman tidak penah dilatih sebagai seorang tentera, akan tetapi beliau tahu menggunakan pedang dan senjata api. Beliau menjadi seorang tentera untuk pertama kalinya ketika Perang Balkan (1912) apabila beliau tiba ke Istanbul bersama-sama sepasukan sukarelawan dari Anatolia Timur. Walau bagaimanapun beliau tidak berpeluang berperang di Balkan. Dalam satu gambar di mukasurat 135, dalam sebuah buku mengenai beliau, yang dikarang oleh Najmuddin Shahinar, kita dapat lihat gambar beliau sedang memimpin pasukannya dengan menunggang se ekor kuda. Apabila Perang Dunia Pertama berlaku dalam tahun 1914, Ustaz Sa’id Nursi adalah di antara mereka yang ingin menjauhkan Turki dari terlibat dalam perang tersebut. Apabila Turki mengambil keputusan untuk berperang, 37 Badiuzzaman pun menawarkan perkhidmatannya. Beliau memberi khidmat yang cemerlang di bawah Teshkilati Makhsoosah di Afrika Utara dan juga terlibat secara langsung dalam perjuangan menentang Rusia di medan perang sebelah timur Turki - iaitu di Kaukasia (Caucasus). Di Afrika Utara Teshkilati Makhsoosah ialah satu pertubuhan politik dan ketenteraan sulit yang ditubuhkan di bawah titah di raja sebelum Perang Tripoli. Tujuan penubuhannya ialah untuk menjamin keutuhan dan perpaduan kerajaan Turki Uthmaniyah. Ianya berjalan di bawah arahan Anwar (Enver) Pasha. Teshkilati Makhsoosah memainkan peranan penting ketika Perang Tripoli, Perang Balkan dan Perang Dunia Pertama. Hanya orang-orang yang berwibawa saja dilantik menjadi anggotanya. Salah seorang anggotanya ialah seorang penyajak Islam terkenal, iaitu Muhammad Akif. Beliau melawat Najd dan Berlin kerana menjalankan tugas serta arahan pertubuhan tersebut. Ustaz Badiuzzaman mempunyai hubungan yang rapat dengan pertubuhan ini dan beliau adalah salah seorang anggota Majlis Ulama yang merangka fatwa JIHAD bagi pihak Khalifah pada saat-saat terakhir Perang Dunia Pertama. Anggota-anggota Majlis Ulama' yang lain ialah Syeikhul Islam Mustaffa Khairi Affandi *15 , Syed Ahmad asy-Syarif as-Sanussi *16 (Salah seorang pemimpin agung Gerakan As-Sanussiyyah, Libya), Muhammad Mahmud Asad Affandi *17 dan Hamdi Yazir. Keputusan telah diambil untuk menyebar fatwa tersebut melalui kapal- kapal selam Jerman. Satu rombongan dua puluh orang, terdiri dari anggota tentera dan juga ulama telah dihantar 38 ke Libya untuk menghubungi Syed Muhammad Idris As- Sanussi (iaitu sepupu Syed Ahmad Asy-Syarif As-Sanussi) yang sedang berjuang menentang penjajah Itali. Ketua rombongan ini ialah Putera Uthman Fuad - iaitu cucu kepada Sultan Murad (1876). Ustaz Sa’id Nursi dan Syeikh Salleh Tunisi adalah anggota ulama' dalam rombongan tersebut. Ustaz Sa’id Nursi bersama-sama rakan-rakannya yang lain belayar keluar dari pelabuhan Anatolia, di selatan Turki, pada bulan April 1915, dengan menaiki sebuah kapal selam Jerman. Mereka mendarat di sebuah tempat sunyi di pantai Libya dekat bandar Tabruk. Dari sini, beliau serta Syeikh Salleh pergi ke Benghazi dan Tripoli. Dari Tripoli, mereka menuju Jaghbub, iaitu ibu pejabat Syed Muhammad Idris As-Sanussi - yang terletak di tengah- tengah padang pasir Sahara. Selama ini, Syed Muhammad Idris tidak pemah keluar dari ibu pejabatnya di Jaghbub. Setelah ketibaan Ustaz Sa’id Nursi dan Syeikh Salleh diketahuinya, beliau pun keluar meninggalkan Jaghbub buat pertama kalinya dan pergi ke Dema, iaitu sebuah tempat di persisiran Libya. Di Dernalah tentera Turki menegakkan ibu pejabat mereka. Sementara itu, Anwar Pasha, Menteri Perang Turki sedang melawat Libya kerana hendak mengatur gerakan tentera untuk menentang Itali yang sedang menyusun kekuatan mereka di Libya. Anwar Pasha mengucup tangan Ustaz Badiuzzaman Sa’id Nursi sebagai tanda terima kasih atas segala usaha yang dijalankan oleh beliau. Selepas selesai tugas mereka, Syeikh Salleh pun pergi ke Aljeria kerana hendak menghubungi pusat-pusat Gerakan As-Sanussiyyah dan Gerakan Tijani di sana. Ustaz 39 Sa’id Nursi pula kembali ke Turki untuk menghadapi medan perang Kaukasia. Medan Perang Kaukasia Dalam perang Dunia Pertama, Turki terpaksa menghadapi empat medan perang. Di Gahpoli, Turki terpaksa menghadapi pasukan tentera berikat. Di Sina dan di Iraq, Turki terpaksa menentang tentera British. Di Timur Laut, tentera Rusia pula sedang mengancam. Di medan perang Turki Timur inilah, orang-orang Turki terlibat dalam pertempuran-pertempuran yang paling hebat dan ngeri sekali dalam sejarah Perang Dunia Pertama. Selepas setahun tentera Turki mempertahankan diri di Sarikamish, tentera Rusia akhirnya berjaya juga memasuki Erzurum pada 16 Februari 1916. Selepas jatuhnya Erzurum, pihak Rusia pun mara ke arah Van dan Bitlis. Selepas habis tugasnya di Afrika Utara, Ustaz Sa’id Nursi pun kembah ke Van pada bulan Ogos 1915. Ketika ini, pertempuran di medan Kaukasia sedang beijalan dengan hebatnya. Tanpa berlengah lagi beliau pun menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan dan permintaannya ini diterima. Beliau dilantik menjadi ketua sebuah pasukan sukarelawan yang terdiri dari murid-muridnya serta belia-belia lain. Beliau sendiri memberi latihan tentera kepada pasukannya ini dan sesiapa yang bijak menembak diberinya hadiah. Mereka ini berjumlah di antara empat hingga lima ribu orang. Sukarelawan-sukarelawan ini banyak membantu tentera Turki membendung keganasan-keganasan yang dilakukan oleh orang-orang Armenia. Pasukan sukarelawan ini tidak mendapat senjata dari tentera Turki kerana mereka membawa senjata mereka sendiri. Mereka ini bijak menembak dan tidak melepaskan tembakan-tembakan 40 secara melulu. Mereka ditempatkan di barisan paling hadapan sekali kerana mereka menyerang dengan menggunakan cara ‘pukui curi’. Tentera Rusia menggelar mereka ‘pasukan songkok bulu. Dalam perang menentang Rusia dan Armenia, Ustaz Sa’id Nursi telah menunjukkan keberanian dan mutu akhlak yang luar biasa. Beliau berserta ‘pasukan songkok bulu’nya telah menimbulkan rasa cemas di kalangan pasukan Rusia dan Armenia. Apabila pasukan Rusia menyerang Van, beliau memperkukuhkan bangunan madrasahnya dan berjuang berhabis-habisan. Beliau tidak ingin berundur dari tempat tersebut. Setelah dipujuk dengan susah payah, barulah beliau bersetuju berundur dari kubu kuatnya. Beliau berundur ke arah Vastan melalui lembah Van. Apabila pasukan berkuda orrang-orang Kosek (Cossack) Rusia menyerang Vastan, Sa’id Nursi mempertahankan bandar tersebut bersama-sama dengan hanya tiga puluh atau empat puluh orang saja. Mereka melancarkan serangan- serangan yang berterusan terhadap kubu-kubu pasukan Kosek sehingga mereka merasa yakin bahawa Vastan mempunyai orang yang cukup untuk mempertahankannya. Pada waktu yang sama, pasukan Rusia yang lain sedang menyerang Bitlis. Terdapat satu batalion tentera dan dua ribu sukarelawan untuk mempertahankan Bitlis. Ketua tentera di Bitlis telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Bitlis akan tetapi Ustaz Sa’id Nursi bertegas untuk mempertahankanya sehingga semua penduduk bandar tersebut selesai dipindahkan. Beliau membantu tentera Turki membawa tiga puluh pucuk meriam dari medan pertempuran lain kerana hendak mempertahankan Bitlis. Dengan bantuan 41 meriam-meriam ini, beliau mempertahankan Bitlis selama empat hari lagi. Sementara itu, penduduk-penduduk Bitlis pun dipindahkan. Namun begitu, Ustaz Sa’id Nursi tetap tidak berundur lagi kerana masih ada orang-orang lemah yang tidak berpindah dari bandar tersebut. Beliau pun mengambil keputusan untuk mempertahankan bandar tersebut habis-habisan demi keselamatan orang-orang yang lemah tadi. Beliau berserta beberapa orang sukarelawan bertempur dengan musuh yang berjumlah lebih kurang seribu orang. Akhimya, pasukannya tinggal tiga atau empat orang sahaja yang masih hidup. Bersama tiga atau empat orang muridnya yang masih hidup ini, beliau merempuh tiga barisan askar musuh dan melompat masuk ke dalam sebuah tali air. Sebelah kakinya telah patah ketika melompat ke dalam tali air tersebut. Mereka bersembunyi di situ selama tiga puluh tiga jam. Askar-askar musuh berkeliaran di sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat persembunyian mereka. Walaupun begitu, dengan takdir Allah mereka tidak dijumpai musuh selama tempoh yang agak lama juga. Pada saat-saat yang mencemaskan ini, beliau memberitahu murid-muridnya:- “Saya mahu awak tinggalkan saya seorang diri demi keselamatan awak semua.” Akan tetapi, sukarelawan-sukarelawan tersebut menjawab :- “Kami tidak boleh meninggalkan awak dalam keadaan begini. Andainya kami ini akan mati syahid, karni ingin mati syahid bersama awak.” Akhirnya, pada 14h Februari 1916, beliau pun ditawan oleh tentera Rusia. Terdapat banyak kisah yang menunjukkan keberanian luar biasa Ustaz Sa’id Nursi. Beliau berjalan di medan perang tanpa rasa gementar. Beliau jarang mencari 42 perlindungan di dalam parit-parit pertahanan. Pernah suatu ketika, beliau tercedera, akan tetapi beliau masih enggan berlindung di dalam parit kerana beliau tidak mahu melemahkan semangat anggota pasukannya. Empat kali peluru meriam musuh jatuh berhampiran denga beliau, akan tetapi beliau tetap tidak berganjak mencari perlindungan di dalam parit pertahanan. Apabila Gabenor Mamdooh Bey dan ketua tentera Ali Pasha memberi arahan padanya supaya kembali ke parit, beliau dengan tenang menjawab, “Jangan bimbang tentang diri saya. Peluru-peluru kafir ini tidak akan membunuh saya.” Pada satu ketika ada orang nampak peluru tidak membawa apa-apa kesan pada Ustaz Badiuzzaman Sarid Nursi. Ustaz Sa’id Nursi pun berkata pada orahg itu, Andainya seseorang manusia itu berada di bawah perlindungan Allah yang Maha Berkuasa, bukan saja peluru biasa, bahkan peluru meriam pun tidak akan dapat membunuhnya.” Satu lagi perkara yang mengagumkan tentang Sa’id Nursi ini ialah beliau berupaya mencari masa untuk menulis tafsir Al-Quran walaupun dalam keadaan perang sedang berkecamuk. Pada waktu genting beginilah beliau menghasilkan tafsir surah Al-Fatihahnya dalam bahasa Arab yang diberi nama ‘Isyaratul I’jaz’( ) (Tanda-tanda yang di luar kemampuan). Tafsir ini ditulis ketika menunggang kuda, di dalam parit perlindungan dan di medan perang paling hadapan. Pencatat tafsir ini ialah anak muridnya yang bemama Mulla Habib. Mulla Habib kemudiannya syahid dalam satu pertempuran. 43 Tingkah-laku Ustaz Sa’id Nursi terhadap musuhnya sangat berlainan daripada orang lain. .Orang-orang Armenia merupakan penduduk bukan Islam terbanyak di Timur Laut Turki. 33% penduduk Bitlis dan 20% penduduk Erzurum terdiri dari orang-orang Armenia. Perang Dunia Pertarna. membuka peluang pada mereka untuk menguasai kembali tanah air mereka dengan bantuan Rusia. Hal ini sepertilah juga di Palestin. Di Palestin, orang-orang Yahudi cuba menguasai negara tersebut dengan bantuan Amerika. Untuk mencapai. rnaksud tersebut, orang-orang Armenia melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang-orang lelaki, wanita dan kanak-kanak Turki di kawasan yang ditakluki oleh Russia. Apabila orang-orang Islam Turki cuba membalas dengan cara yang serupa, Ustaz Sa’id Nursi melarang mereka. Beliau berkata pada mereka bahawa Islam melarang membunuh wanita dan kanak-kanak. Dengan cara ini, beliau bukan saja beijaya menyelamatkan jiwa wanita dan kanak-kanak Armenia, bahkan behau juga beijaya menghantar mereka ke negara Armenia jajahan Rusia di bawah perlindungannya. Orang-orang Armenia begitu tertarik hati dengan tingkah-Iaku Sa’id Nursi sehingga mereka membuat keputusan tidak akan membunuh wanita dan kanak-kanak Islam pada masa hadapan. Keperwiraan yang ditunjukkan beliau di medan perang telah diberi penghargaan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah. Anwar Pasha, iaitu Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Ketua Turus Angkatan Tentera Turki Uthmaniah berserta Panglima-panglima tentera Turki yang lain sangat tertarik dengan peranannya di medan perang. Mereka pun menganugerahkan bintang kehormatan 44 kepada Ustaz Sa’id Nursi kerana menunjukkan keberanian luar biasa di medan perang Pasinler. Di Khemah Tahanan Perang Selepas ditawan, Ustaz Badiuzzaman Sa’id Nursi pun dibawa ke ibu pejabat tentera Russia. Di situ, beliau telah dimasukkan ke hospital untuk dirawat kakinya yang patah itu. Apabila telah sembuh, beliau telah dihantar ke Kostroma melalui Van, Julfa (Iran), Tiflis dan Kolgrif. Kostroma ialah sebuah bandar di timur laut Moscow dan ianya terletak di tebing Sungai Volga. Di sinilah letaknya khemah tawanan perang yang terbesar sekali. Suatu hari, Jeneral Nicolas Nicolavich, seorang jeneral Rusia terkenal telah melawat khemah tawanan perang tersebut. Kesemua tawanan perang berdiri memberi tabik hormat kecuali Badiuzzaman Sa’id Nursi. Beliau tetap Download 159.36 Kb. Do'stlaringiz bilan baham: |
Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling
ma'muriyatiga murojaat qiling