Agensi antidadah kebangsaan kementerian dalam negeri
Yuseri bin Ahmad, Dr. Sapora bt. Sipon & Marina Munira Abdul Mutalib, m/s 137-154 Surah al-Isra’, 17: 85
Download 1.88 Mb. Pdf ko'rish
|
Demographic determinants of the drug abu
- Bu sahifa navigatsiya:
- Riwayat al-Bukhari
145
Yuseri bin Ahmad, Dr. Sapora bt. Sipon & Marina Munira Abdul Mutalib, m/s 137-154 Surah al-Isra’, 17: 85 Terjemahannya “... dan mereka bertanya kepada kamu tentang roh, katakan bahawa roh itu adalah urusan Tuhanku.” Menurut Imam al-Ghazali roh adalah ‘Latifah’ 2 yang dengannya manusia dapat memahami dan mengerti, ia sesuatu yang menakjubkan yang datang daripada Tuhan dan tidak mampu segala akal untuk memahami hakikatnya. (al-Ghazali .1987. jilid 3 : 5). Oleh kerana roh adalah sesuatu yang tidak dijelaskan hakikatnya oleh al-Quran dan hadis maka para ulama membataskan perbahasan mereka tentang roh ini kepada dua sudut iaitu: 1. Mengembalikan roh kepada pengetahuannya yang asal 2. Mengembalikan kesempurnaan pengabdiannya kepada Tuhannya Pada asal kejadian, roh sebenarnya mengenal Allah sebagai pencipta dan mengakui kehambaannya pada Allah SWT. Namun setelah ia bercampur dengan jasad dan bergelumang dengan anasir-anasir luar yang mendatang maka pengetahuan dan kehambaannya pada Tuhan itu semakin hilang akibat faktor persekitarannya. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW : Riwayat al-Bukhari Maksudnya : “Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih, suci, kenal Tuhan) maka kedua-dua ibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi ).” Faktor-faktor luaran itu mula mempengaruhi roh dan akibatnya roh itu semakin menjauh daripada pengetahuan dan kehambaan asalnya pada Allah SWT. (Said Hawwa, 1999: 43) Apabila roh semakin jauh daripada Allah SWT maka ia sebenarnya semakin mendekat kepada hawa nafsunya yang sentiasa mendorong 2 Istilah Sufi: Makna asalnya adalah kelembutan. Setiap isyarat yang terlalu halus untuk difahami yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata seumpama ilmu rasa. (al-Jurjani. 1991) JURNAL ANTIDADAH MALAYSIA JURNAL ANTIDADAH MALAYSIA 146 Yuseri bin Ahmad, Dr. Sapora bt. Sipon & Marina Munira Abdul Mutalib, m/s 137-154 melakukan dosa dan maksiat. Oleh itu untuk membolehkan seseorang itu meninggalkan kejahatan dan maksiat maka perlulah rohnya dikembalikan kepada asal pengetahuan dan kehambaannya pada Allah SWT. Untuk mengembalikan roh pada asalnya memerlukan kepada mujahadah dan perlu diikuti jalannya yang sudah digariskan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Said Hawwa dalam kitabnya Tarbiyyatuna al-Ruhiyyah menjelaskan bahawa jalan untuk mengembalikan roh pada asalnya adalah dengan memiliki ilmu yang sahih, bergaul dengan ahli ilmu dan zikir pada Allah SWT. Ilmu yang sahih yang perlu diketahui ialah ilmu tentang sifat- sifat Allah SWT yang maha sempurna dan ilmu tentang melakukan ibadah dengan ikhlas pada Allah. Untuk memperolehi ilmu ini maka perlulah bertanya pada ahlinya. Firman Allah SWT: Download 1.88 Mb. Do'stlaringiz bilan baham: |
Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2025
ma'muriyatiga murojaat qiling
ma'muriyatiga murojaat qiling