Agensi antidadah kebangsaan kementerian dalam negeri


Download 1.88 Mb.
Pdf ko'rish
bet65/158
Sana09.01.2023
Hajmi1.88 Mb.
#1084970
1   ...   61   62   63   64   65   66   67   68   ...   158
Bog'liq
Demographic determinants of the drug abu

OBJEKTIF
Secara amnya, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti profil penagih
dadah wanita di negeri Sabah, manakala objektif khusus kajian ini adalah


Trend dan Punca Penggunaan Dadah di Kalangan Penagih Dadah
Wanita di Negeri Sabah: Implikasi kepada Rawatan dan Pemulihan Dadah
117
Prof. Madya Dr. Sabitha Marican, Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed &
Prof. Dr. Rosnah Ismail, m/s 111-136
untuk:
i. Mengenal pasti profil penagih dadah wanita negeri Sabah
ii. Mengkaji punca-punca menyebabkan penglibatan wanita dengan
dadah
iii. Menentukan kesan penglibatan wanita dengan dadah terhadap
kesihatan mental
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas serta kaedah
persampelan bertujuan (purposive sampling). Seramai 96 penagih dadah
dalam kepulihan bertindak sebagai responden. Mereka ditempatkan di
pusat-pusat pemulihan seperti Pusat Serenti Bachok Kelantan, di penjara-
penjara di sekitar negeri Sabah seperti Penjara Wanita Kota Kinabalu,
Penjara Tawau dan Penjara Sandakan serta mereka yang menjalani
pemulihan dalam komuniti (kes pengawasan) di bawah seliaan AADK
negeri Sabah.
Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen yang
dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian A mengandungi soalan yang
berkaitan dengan faktor demografi dan profil penagih meliputi
maklumat diri, pekerjaan, pendidikan, keluarga, rakan-rakan,
penggunaan dadah dan juga maklumat rawatan dan pemulihan yang
perlu dijawab oleh setiap responden.
Bahagian B pula mengandungi soalan-soalan yang lebih menjurus
kepada kesan negatif penggunaan dadah ke atas diri pengguna.
Pasukan kajian mendapatkan keizinan (consent) daripada institusi
terlibat dan responden sebelum pengumpulan data bagi memelihara
etika penyelidikan.
HASIL KAJIAN
Sejumlah 13 orang (16.88%) terdiri daripada etnik Bajau, 12 orang
(15.58%) etnik Kadazan dan 12 orang (12.99%) terdiri daripada etnik
Melayu. Manakala selebihnya adalah daripada etnik-etnik lain. Ini
menunjukkan bahawa bilangan penagih dadah wanita lebih ramai di
kalangan etnik Bajau berbanding dengan etnik-etnik yang lain. Faktor
ini mungkin disebabkan etnik Bajau merupakan etnik yang antaranya
paling ramai di Sabah selain daripada etnik Kadazan-Dusun dan Melayu-
Brunei (Jadual 1).


JURNAL ANTIDADAH MALAYSIA
JURNAL ANTIDADAH MALAYSIA
118
Prof. Madya Dr. Sabitha Marican, Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed &
Prof. Dr. Rosnah Ismail, m/s 111-136

Download 1.88 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   61   62   63   64   65   66   67   68   ...   158




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling