Agensi antidadah kebangsaan kementerian dalam negeri
Download 1.88 Mb. Pdf ko'rish
|
Demographic determinants of the drug abu
- Bu sahifa navigatsiya:
- HASIL KAJIAN
OBJEKTIF
Secara amnya, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti profil penagih dadah wanita di negeri Sabah, manakala objektif khusus kajian ini adalah Trend dan Punca Penggunaan Dadah di Kalangan Penagih Dadah Wanita di Negeri Sabah: Implikasi kepada Rawatan dan Pemulihan Dadah 117 Prof. Madya Dr. Sabitha Marican, Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed & Prof. Dr. Rosnah Ismail, m/s 111-136 untuk: i. Mengenal pasti profil penagih dadah wanita negeri Sabah ii. Mengkaji punca-punca menyebabkan penglibatan wanita dengan dadah iii. Menentukan kesan penglibatan wanita dengan dadah terhadap kesihatan mental METODOLOGI Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas serta kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Seramai 96 penagih dadah dalam kepulihan bertindak sebagai responden. Mereka ditempatkan di pusat-pusat pemulihan seperti Pusat Serenti Bachok Kelantan, di penjara- penjara di sekitar negeri Sabah seperti Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Tawau dan Penjara Sandakan serta mereka yang menjalani pemulihan dalam komuniti (kes pengawasan) di bawah seliaan AADK negeri Sabah. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen yang dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian A mengandungi soalan yang berkaitan dengan faktor demografi dan profil penagih meliputi maklumat diri, pekerjaan, pendidikan, keluarga, rakan-rakan, penggunaan dadah dan juga maklumat rawatan dan pemulihan yang perlu dijawab oleh setiap responden. Bahagian B pula mengandungi soalan-soalan yang lebih menjurus kepada kesan negatif penggunaan dadah ke atas diri pengguna. Pasukan kajian mendapatkan keizinan (consent) daripada institusi terlibat dan responden sebelum pengumpulan data bagi memelihara etika penyelidikan. HASIL KAJIAN Sejumlah 13 orang (16.88%) terdiri daripada etnik Bajau, 12 orang (15.58%) etnik Kadazan dan 12 orang (12.99%) terdiri daripada etnik Melayu. Manakala selebihnya adalah daripada etnik-etnik lain. Ini menunjukkan bahawa bilangan penagih dadah wanita lebih ramai di kalangan etnik Bajau berbanding dengan etnik-etnik yang lain. Faktor ini mungkin disebabkan etnik Bajau merupakan etnik yang antaranya paling ramai di Sabah selain daripada etnik Kadazan-Dusun dan Melayu- Brunei (Jadual 1). JURNAL ANTIDADAH MALAYSIA JURNAL ANTIDADAH MALAYSIA 118 Prof. Madya Dr. Sabitha Marican, Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed & Prof. Dr. Rosnah Ismail, m/s 111-136 Download 1.88 Mb. Do'stlaringiz bilan baham: |
Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2025
ma'muriyatiga murojaat qiling
ma'muriyatiga murojaat qiling