Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan
Download 0.98 Mb. Pdf ko'rish
|
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN
1.4
Ciri-ciri Kajian Tindakan Ciri penting kajian tindakan ialah: i. dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian atau dalam konteks mata pelajaran dan kelas yang mereka ajar; ii. dilakukan secara berkumpulan dan secara kolaboratif dengan membentuk kumpulan-kumpulan guru yang bersifat kritis kendiri (self-critical) dan berkomitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka; menggunakan tindakan praktis bagi menyelesaikan masalah dan mengembangkan pengetahuan secara serentak. iii. pengkaji terlibat secara langsung dalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan menambahkan kefahaman terhadap amalan tersebut; iv. banyak menggunakan aktiviti atau kaedah refleksi kendiri; v. dilakukan secara sistematik dan ‘rigorous’; dan vi. dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi. 1.5 Model Kajian Tindakan Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut: i. Mereflek (Reflect); ii. Merancang (Plan); iii. Bertindak (Action); dan iv. Memerhati (Observe). 6 Langkah-langkah tersebut boleh dirumuskan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988) Rajah 1 menunjukkan kajian tindakan dijalankan berpandukan proses berikut: i. guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani; ii. guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya; dan iii. guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Refleksi dilakukan bertujuan seperti berikut: i. memahami kewujudan sesuatu masalah/kesukaran; ii. memahami mengapa masalah tersebut wujud; iii. memahami bentuk masalah yang timbul; iv. mengetahui tahap keseriusan masalah yang membelengu pengajaran dan pembelajaran tersebut; dan v. memahami pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam permasalahan itu. 7 Keseluruhan pelaksanaan kajian tindakan tersebut disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah tidak dapat ditangani, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah dapat diselesaikan. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada finality dalam sesuatu proses yang hendak dilaksanakan. Download 0.98 Mb. Do'stlaringiz bilan baham: |
Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling
ma'muriyatiga murojaat qiling