Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet1/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 BUKU MANUAL
KAJIAN TINDAKAN
EDISI KETIGA 
 
 
 
 
 
 
 
 
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
DISEMBER 2008 



Diterbitkan oleh: 
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 
Kementerian Pelajaran Malaysia 
Aras 1-4, Blok E8, Presint 1 
Kompleks Kerajaan Parcel E 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Pesekutuan 
62604 Putrajaya 
Malaysia 
Tel : + 603-8884 6591 
Faks : + 603-8884 6579 
Web : www.moe.gov.my/bppdp 
Semua hak cipta terpelihara. Hak Cipta Kementerian Pelajaran Malaysia 2006. 
Tiada mana-mana jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau 
disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang 
bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, 
rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin Penerbit. 
DISEMBER 2008 


ii 
PRAKATA 
 
Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat 
dlaksanakan secara meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan
bilangan guru dalam menjalankan Kajian Tindakan setiap tahun. Pada masa 
sekarang, Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam konteks 
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk 
memperkukuhkan pengurusan di sekolah. Matlamat utama Kajian Tindakan
adalah berdasarkan kepada satu hasrat iaitu untuk meningkatkan tahap 
profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. 
Kajian Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan
Oleh itu ia sangat sesuai diaplilkasikan dalam konteks pendidikan kerana dua 
unsur utama ini seringkali dijalankan secara beriringan, iaitu tindakan dalam 
proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan; dan 
kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti emperik yang dapat 
menyokong sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Ia membolehkan pengamal 
iaitu para pendidik melalui proses inkuiri penemuan dengan mengkaji 
masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai
menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan.
Peranan dan sumbangan Kajian Tindakan dalam membantu menyelesaikan 
pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah tidak 
akan dipertikaikan. Ini adalah kerana dapatan kajian akan memberi impak 
yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan 
menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan dapat 
direalisasikan. Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolkan amalan terbaik 
dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sehubungan 
dengan itu, sewajarnya semua warga pendidik termasuk Pengetua, Guru 
Besar, dan guru-guru berperanan dalam membudayakan Kajian Tindakan di 
sekolah masing-masing. 
Manual Kajian Tindakan dihasilkan dan dimantapkan bersesuaian dengan 
keperluan semasa dan akan datang. Ia merupakan garis panduan bagi 
melaksanakan kajian berdasarkan proses yang betul, tepat dan sistematik 
supaya dapatan yang bermakna dapat dihasilkan serta mampu menyumbang 
kepada penambahbaikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, 
pentadbiran dan pengurusan pendidikan. Manual ini diharapkan dapat 
membangkitkan minat guru-guru khususnya untuk menjalankan kajian di 
sekolah, di samping menambahkan pengetahuan dan kefahaman guru 
tentang tata cara melaksanakan Kajian Tindakan. Moga penyediaan Manual
ini, akan dapat mendekatkan diri pembaca dan para pendidik khususnya 
dengan dunia Kajian Tindakan. 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling