Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet53/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   49   50   51   52   53   54   55   56   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

 
Isu Keprihatinan/Fokus Kajian 
 
Walaupun saya mengesan banyak masalah 
yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya 
akan fokuskan kajian ini kepada masalah 
penguasaan kosa kata. Murid saya 
mempunyai kosa kata yang sangat terhad. 
Mereka hanya mampu menggunakan 
perkataan yang biasa mereka temui dan 
gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka 
melakukan banyak kesilapan apabila menulis 
ayat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh 
murid ialah: 
• Kesilapan penggunaan perkataan 
dalam ayat. 
• Murid menggunakan kosa kata 
yang berulang-ulang dalam satu 
ayat menjadikan ayat itu tidak 
gramatis. 
• Murid tidak menjawab soalan bina 
ayat kerana tidak faham maksud 
perkataan yang diberi. 
Dengan membantu murid memperkaya kosa 
kata, saya yakin murid boleh membina ayat 
yang tepat, jelas dan gramatis. Hal ini 


93 
Bahagian 
Proses/Penjelasan 
Contoh Penulisan 
seterusnya diharapkan akan dapat membantu 
mereka lulus dengan baik dalam Kertas 
Bahasa Melayu SPM. Keadaan ini juga pasti 
akan meningkatkan nilai GNP sekolah saya. 
6. Tentukan 
Objektif Kajian 
a. Objektif kajian 
terdiri daripada 
objektif umum dan 
objektif khusus. 
b. Objektif hendaklah 
berkaitan dengan 
masalah. 
c. Objektif hendaklah 
berkaitan dengan 
tindakan/aktiviti 
(P&P). 
d. Objektif hendaklah 
boleh diukur. 
e. Semua objektif khas 
hendaklah diukur/ 
nilai semasa 
menjalankan 
tindakan/aktiviti. 
 
Objektif Kajian 
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-
murid diharap akan mencapai objektif 
berikut: 
i. Objektif Umum 
Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan 
peningkatan peratus kelulusan Bahasa 
Melayu. 
ii. Objektif Khusus 
• Meningkatkan bilangan kosa kata 
baru yang diketahui dan difahami 
oleh para murid. 
• Meningkatkan keupayaan 
mengaplikasikan perkataan baru 
dalam ayat yang dibina oleh murid. 
Membantu murid menguasai 
kemahiran belajar dengan merujuk 
kamus bagi meningkatkan 
penguasaan kosa kata mereka. 
• Meningkatkan peratus murid yang 
mendapat markah yang cemerlang 
bagi bahasa dalam penulisan 
karangan. 
7. Kumpulan 
Sasaran 
a. Sebutkan bilangan 
murid yang akan 
dikaji (mestilah 
kumpulan murid 
yang diajar oleh 
penyelidik). 
b. Sebutkan kelas 
murid yang akan 
dikaji. 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   49   50   51   52   53   54   55   56   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling