Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan
Download 0.98 Mb. Pdf ko'rish
|
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN
- Bu sahifa navigatsiya:
- BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DISEMBER 2008
- DISEMBER 2008 ii PRAKATA
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN EDISI KETIGA BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DISEMBER 2008 i Diterbitkan oleh: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1-4, Blok E8, Presint 1 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Pesekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel : + 603-8884 6591 Faks : + 603-8884 6579 Web : www.moe.gov.my/bppdp Semua hak cipta terpelihara. Hak Cipta Kementerian Pelajaran Malaysia 2006. Tiada mana-mana jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin Penerbit. DISEMBER 2008 ii PRAKATA Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat dlaksanakan secara meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan bilangan guru dalam menjalankan Kajian Tindakan setiap tahun. Pada masa sekarang, Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk memperkukuhkan pengurusan di sekolah. Matlamat utama Kajian Tindakan adalah berdasarkan kepada satu hasrat iaitu untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Kajian Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan. Oleh itu ia sangat sesuai diaplilkasikan dalam konteks pendidikan kerana dua unsur utama ini seringkali dijalankan secara beriringan, iaitu tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan; dan kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti emperik yang dapat menyokong sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Ia membolehkan pengamal iaitu para pendidik melalui proses inkuiri penemuan dengan mengkaji masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai, menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan. Peranan dan sumbangan Kajian Tindakan dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah tidak akan dipertikaikan. Ini adalah kerana dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan. Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolkan amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, sewajarnya semua warga pendidik termasuk Pengetua, Guru Besar, dan guru-guru berperanan dalam membudayakan Kajian Tindakan di sekolah masing-masing. Manual Kajian Tindakan dihasilkan dan dimantapkan bersesuaian dengan keperluan semasa dan akan datang. Ia merupakan garis panduan bagi melaksanakan kajian berdasarkan proses yang betul, tepat dan sistematik supaya dapatan yang bermakna dapat dihasilkan serta mampu menyumbang kepada penambahbaikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan pendidikan. Manual ini diharapkan dapat membangkitkan minat guru-guru khususnya untuk menjalankan kajian di sekolah, di samping menambahkan pengetahuan dan kefahaman guru tentang tata cara melaksanakan Kajian Tindakan. Moga penyediaan Manual ini, akan dapat mendekatkan diri pembaca dan para pendidik khususnya dengan dunia Kajian Tindakan. Download 0.98 Mb. Do'stlaringiz bilan baham: |
Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling
ma'muriyatiga murojaat qiling