Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet9/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

1.9
 Rumusan 
Kajian tindakan dapat membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru kerana 
sebagai penyelidik ia dapat memberikan semangat dan minat baru untuk mengenal 
pasti kaedah pengajaran baru seperti yang dicadangkan dalam literatur. Kajian tindakan 
juga membantu guru meningkatkan kemahiran memerhati atau mencerap, dan 
memperbaiki komunikasi dengan pelajar. Kesannya, guru-guru akan dapat 
mempelbagaikan kaedah pengajaran berdasarkan penemuan daripada kajian tindakan. 
Kajian tindakan membantu meningkatkan keserakanan‘empowerment’ dan ‘self-
esteem’ dalam kalangan guru. Mereka menjadi lebih terbuka kepada perubahan, lebih 
reflektif, dan lebih bermaklumat. Mereka merasakan diri mereka sebagai pakar dalam 
bidang masing-masing, menjadi penyelesai masalah yang baik, menjadi lebih efektif, 
bersikap positif terhadap penyelidikan dan dapat melihat hubungan teori dan amalan 


12 
dengan berkesan. Sehubungan dengan itu, penglibatan guru dalam kajian tindakan 
akan memberikan impak yang positif kepada guru sama ada dalam aspek 
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau meningkatkan diri guru 
sebagai seorang yang lebih profesional. 
 


13 
BAB 2 
PROSES KAJIAN TINDAKAN 
 
 
2.1 
Pengenalan 
 
Kajian Tindakan melibatkan beberapa proses dan aktiviti tertentu. Setiap proses dan 
aktiviti ini perlu dijalankan secara sistematik. Ini adalah untuk memastikan kajian 
tersebut dapat dijalankan dengan betul, lancar dan mencapai matlamat yang 
disasarkan.
 
2.2 
Jenis-Jenis Kajian Tindakan 
Berdasarkan pendekatan konvensional, kajian tindakan hanya dijalankan dalam konteks 
bilik darjah sahaja. Pada masa kini, takrifan kajian lebih luas dan merangkumi komuniti 
pendidikan ataupun komuniti yang ada hubungan dengan pendidikan atau sekolah.
Kini, kejayaan sesuatu usaha pendidikan bukan hanya bergantung kepada peranan 
satu pihak sahaja dan sememangnya bukanlah hanya peranan guru yang menjamin 
kejayaan pelajar, bahkan lain-lain pihak yang berkepentingan juga memainkan peranan 
dalam kejayaan pelajar. Antara pihak berkepentingan atau aspek-aspek yang 
mempengaruhi kejayaan pelajar adalah guru besar, pengetua sekolah, ibu bapa, 
komuniti di mana terletaknya sekolah, kemudahan yang sedia ada di sekolah, tuisyen, 
dan kelayakan guru. Kejayaan sesuatu sekolah bukan hanya disebabkan faktor guru 
dan pelajar semata-mata tetapi gabungan faktor-faktor lain yang sama-sama memberi 
sumbangan.
Berdasarkan paradigma baru ini, Creswell (2008) membahagikan kajian tindakan 
kepada dua jenis seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2 iaitu:
i. 
kajian tindakan amalan (practical action research); dan
ii. 
kajian tindakan penyertaan (
Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling