Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan
Download 0.98 Mb. Pdf ko'rish
|
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN
17 2.3 Prosedur Menjalankan Kajian Tindakan Lewin (1946; 1948) merupakan orang pertama yang mewujudkan satu kodifikasi (codification) tentang prosedur menjalankan kajian tindakan. Beliau menyarankan prosedur itu sebagai mempunyai 4 peringkat utama, iaitu: i. merancang; ii. bertindak; iii. memerhati; dan iv. merefleks. Menurut Lewin (1946; 1948), kajian tindakan bermula dengan pewujudan satu idea umum dan kemudian data dipungut untuk menjelaskan atau merungkai sesuatu situasi. Dengan ini, satu pelan tindakan dapat dihasilkan untuk mencapai objektif yang dikenal pasti bersama dengan keputusan tentang langkah-langkah pertama yang perlu dijalankan. Peringkat seterusnya melibatkan pungutan fakta-fakta untuk memantau dan menilai intervensi itu, iaitu bertindak sebagai penilaian formatif. Lewin (1948) menyatakan bahawa kesemua ini boleh diwujudkan sebagai satu proses gelungan (spiral) yang mengandungi perancangan, tindakan, pencarian fakta tentang hasil (outcome) daripada tindakan yang telah diambil itu. Boleh dikatakan bahawa idea Lewin telah dikembangkan oleh Kemmis & McTaggart (1981) dengan petikan hasil mereka seperti berikut: “In practice, the process begins with a general idea that some kind of improvement or change is desirable. In deciding just where to begin in making improvements, one decides on a field of action …where the battle (not the whole war) should be fought. It is a decision on where it is possible to have an impact. The general idea prompts a “reconnaissance” of the circumstances of the field, and fact-finding about them. Having decided on the field and made a preliminary reconnaissance, the action researcher decides on a general plan of action. Breaking the general plan down into achievable steps, the action researcher settles on the first action step. Before taking this 18 first step the action researcher becomes more circumspect, and devises a way of monitoring the effects of the first action step. When it is possible to maintain fact-finding by monitoring the action, the first step is taken. As the step is implemented new data start coming in and the effect of the action can be described as evaluated. The general plan is then revised in the light of the new information about the field of action and the second action step can be planned along the appropriate monitoring procedures. The second step is then implemented, monitored and evaluated; and the spiral of action, monitoring, evaluation and replanning continues.” (h. 2). Zuber-Skerritt (1996) menyarankan bahawa proses gelungan dalam kajian tindakan sebagai mempunyai i. perancangan strategik; ii. melaksanakan pelan; iii. memerhati; menilai dan menilai sendiri; iv. refleksi kritikal dan refleksi sendiri ke atas keputusan (i) dan (iii) dan membuat keputusan tentang gelungan kajian seterusnya. McNiff (2002) mencadangkan 8 langkah dalam model kajian tindakan beliau, iaitu i. mengkaji semula amalan semasa (refleksi); ii. mengenal pasti satu aspek yang hendak dikaji; iii. membayangkan langkah seterusnya (merancang), iv. mencuba tindakan/kaedah baru (melaksana), v. memantau dan mereflek apa yang berlaku (memerhati); vi. mengubah pelan berdasarkan apa yang telah dijumpai, apa yang berlaku dan meneruskannya; vii. menilai tindakan yang telah diubah itu; dan viii. meneruskan sehingga anda berpuas hati dengan kerja anda (mengulangi gelungan). (McNiff, 2002) Download 0.98 Mb. Do'stlaringiz bilan baham: |
Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling
ma'muriyatiga murojaat qiling