Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet13/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   9   10   11   12   13   14   15   16   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

 
 


23 
SINOPSIS 1 
(Disesuaikan daripada laporan seorang guru, dalam Hopkin, 1993) 
Keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku dalam kelas/pengajaran 
saya. 
(membuat rakaman audio) 
" … Saya rasa seolah-olah saya agak cepat (abrupt) dalam teknik 
penyoalan saya dan tidak memberi murid masa yang cukup untuk 
membentuk jawapan kepada soalan saya." 
Keputusan: 
"Saya meneroka lebih lanjut dan memastikan sama ada hal ini 
merupakan amalan pengajaran saya (tekal) atau hanya dipengaruhi oleh 
keadaan masa itu." 
(Membuat rakaman sekali lagi dan disokong dengan pencerapan oleh 
rakan dan berbual-bual dengan murid selepas pengajaran) 
"… Saya dapati memang benar bahawa saya meminta jawapan dengan 
cepat selepas mengemukakan soalan dan agak kerap juga saya 
menjawab sendiri soalan saya itu." 
Membuat rujukan (Membaca) 
Saya terjumpa dengan literatur yang membincangkan perkaitan antara 
tempoh yang berlalu selepas guru mengemukakan soalan dengan kualiti 
maklum balas (response) murid. Saya merasakan bahawa saya tidak 
memberi murid cukup masa untuk berfikir selepas mengemukakan 
sesuatu soalan.
Keadaan ini mungkin menjejaskan proses berfikirkan mereka (?) 
MENGUMPUL 
DATA 
MENGESAHKAN 
ANDAIAN 
 
TAFSIRAN 
 
 
 
TINDAKAN 
 
 
 
 
 
 
 
 


24 
Saya merangka satu rancangan bagi mengubah tingkah laku pengajaran 
saya itu dan menentukan kaedah untuk memantau teknik penyoalan 
saya. Saya mengambil masa yang agak panjang (lebih satu bulan) untuk 
melaksanakan rancangan ini. 
Saya mendapat bukti bahawa: 
respons murid bertambah baik;
• banyak jawapan aras tinggi yang diberikan murid; 
• suasana kelas menjadi bertambah baik;
• murid menjadi lebih aktif dalam menjawab soalan; dan 
• murid bertambah komited untuk mengikuti pelajaran saya. 
Namun demikian saya dapati cara penyoalan saya masih belum 
menyeluruh (sebaran soalan). Ia menyebabkan masih terdapat beberapa 
murid yang pasif dan tidak melibatkan diri dengan aktif dalam pengajaran 
dan pembelajaran. Saya bercadang untuk meneruskan rancangan saya 
ini dan membaiki beberapa aspek kelemahan dalam rancangan awal.

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   9   10   11   12   13   14   15   16   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling