Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet17/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   13   14   15   16   17   18   19   20   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

 
 
LANGKAH 2: MENGENAL PASTI FOKUS KAJIAN 
 
a. Menentukan fokus kajian
Menentukan fokus kajian adalah penting bagi memudahkan penyelidik membuat 
perancangan tindakan seterusnya. Fokus kajian yang tidak jelas akan menyebabkan 
tindakan yang diambil tidak tepat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 
Kesilapan tersebut juga mengakibatkan tindakan pembetulan tidak berkesan. 


28 
Berdasarkan refleksi, penyelidik perlu memfokuskan kepada satu daripada beberapa 
masalah yang dinyatakan. Secara ringkasnya penentuan fokus kajian perlu memberi 
pertimbangan kepada perkara-perkara berikut: 
i. 
Masalah yang memerlukan tindakan segera di mana masalah tersebut 
merupakan keutamaan daripada dua atau lebih masalah yang telah dikenal 
pasti. 
ii. 
Penyelesaian masalah itu penting untuk guru, murid dan sekolah. 
iii. 
Data boleh dikutip dengan cepat dan mudah dalam situasi di tempat kerja 
terutamanya berkaitan pengajaran dan pembelajaran. 
iv. 
Bidang kajian berada dalam ruang lingkup kuasa guru untuk bertindak. 
 
Contoh: 
 
“… Walaupun saya mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid saya, 
saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata. 
Murid saya mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Saya akan fokuskan 
kepada kesilapan yang sering dilakukan oleh murid iaitu : 
i. 
Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat
 
 
Ii 
Menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat; dan
ii. 
Murid tidak dapat menulis ayat yang gramatis. 
 
Dengan membantu mereka memperkayakan kosa kata, saya yakin mereka boleh 
membina ayat dengan tepat, jelas dan gramatis dan sekali gus membantu mereka 
lulus dengan baik semasa menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM. 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   13   14   15   16   17   18   19   20   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling