Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet20/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   16   17   18   19   20   21   22   23   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

 
 
LANGKAH 5: MERANCANG DAN MELAKSANA TINDAKAN  
 
a. Tinjauan Awal Masalah 
Semasa membuat tinjauan awal, penyelidik dikehendakki mengumpul data dengan 
menggunakan beberapa instrumen kajian. Ia bertujuan untuk mendapatkan 
gambaran awal tentang sesuatu masalah disamping membantu penyelidik 
memahami masalah yang telah dikenal pasti dengan lebih mendalam. Sebelum 
merancang, penyelidik perlu mengenal pasti masalah yang terdapat dalam 
pengajaran dan pembelajaran mereka. Penyelidik boleh mengutip data dengan 
menggunakan pelbagai kaedah, contohnya dengan menggunakan soal selidik,
menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, menjalankan ujian pra, membuat 
analisis dokumen (hasil kerja murid, jadual kedatangan, rekod keputusan 
ujian/peperiksaan, rekod latar belakang murid dan sebagainya). 
Contoh:
Saya telah membuat pemerhatian daripada pemeriksaan buku latihan murid, 
menganalisis markah Ujian Bulan Mac serta semasa menjalankan aktiviti dalam 
kelas, saya dapati latihan kerja penulisan tidak dapat dijawab dengan baik. 
Penulisan mereka tidak mengikut struktur binaan ayat yang betul. Mereka keliru 
tentang penggunaan kata kerja hendaklah bersesuaian dengan subjek, khususnya 
dalam penggunaan ”s” didalam kata kerja present tense. Contohnya: Ali walks to 
school. Selalunya murid-murid tidak tahu bila perlu menambah ’s’ selepas sesuatu 
kata kerja.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat ini, saya membuat rumusan bahawa 
sesuatu perlu dilakukan terhadap murid-murid tahun 5 Melur ini untuk membantu 
mereka memantapkan penulisan ayat khasnya penggunaan subject verb agreement 
dalam present tense.


32 
 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   16   17   18   19   20   21   22   23   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling