Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet22/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   18   19   20   21   22   23   24   25   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

(c) Merancang tindakan
Merancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan 
merupakan proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk 
menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti sebagai fokus kajian. 
 
Bagi menentukan tindakan intervensi yang hendak dijalankan beberapa perkara 
berikut perlu diberi perhatian iaitu: 
i. 
Memastikan matlamat tindakan intervensi selaras dengan objektif kajian. 
ii. 
Menentukan tempoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti. 
iii. 
Mengenal pasti bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti. 
iv. 
Menetapkan cara pemantauan dan kaedah penilaian bagi menentukan 
keberkesanan tindakan intervensi yang dijalankan seperti ujian, soal 
selidik, temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan sebagainya. 
v. 
Meletakkan penanda aras pencapaian minimum tindakan intervensi untuk 
mengesahkan keberkesanannya. 
Contoh: 
Tindakan dan aktiviti yang dirancang: 
i. 
Menggunakan kaedah warna dalam membezakan perubahan-perubahan 
“Pronouns” antara lelaki dan perempuan. 
ii. 
Menggunakan kad-kad imbasan warna biru untuk lelaki dan merah untuk 
perempuan. 
iii. 
Menyediakan soalan-soalan yang lebih memfokuskan sub-sub kemahiran 
yang lebih khusus kepada pertukaran “Pronouns” dalam ayat-ayat mudah 
Bahasa Inggeris. 
iv. 
Mengadakan ujian pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi 
mengenal pasti keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. 


34 
(d) Pelaksanaan Tindakan 
Dalam peringkat melaksanakan tindakan bagi mengatasi isu atau masalah yang 
menjadi fokus, penyelidik perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti intervensi mengikut 
ketetapan rancangan tindakan. Walau bagaimanapun, masih dibenarkan mengubah 
suai rancangan tindakan sekiranya keadaan memerlukan.

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   18   19   20   21   22   23   24   25   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling