Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


resourceful, and clever. Creative writing comes from originality of thought.”


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet65/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   61   62   63   64   65   66   67   68   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

resourceful, and clever. Creative writing comes from originality of thought.” Dan saya telah 
memperkenalkan kaedah Little Book dimana murid dikehendaki menulis ayat mudah secara 
berulang ulang (repetition) mengikut kreativiti mereka. Seramai 36 orang murid serta seorang 
guru terlibat didalam Kajian ini. Dua belas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan 
dalam tempoh tiga bulan. Aktiviti ini dijalankan selama 20-30 minit biasanya setiap hari 
Rabu, juga mengikut pertukaran topik diajar iaitu hari Selasa dan Khamis. Keputusan Ujian 
pos, serta Ujian Bulanan telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar lebih 
berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris menggunakan kaedah ini kerana ia mudah, 
senang dan seronok. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini haruslah 
dikekalkan agar murid lebih berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris khususnya di 
dalam penulisan. 
 
1.0
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 
Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak berpuashati terhadap diri 
sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak didik saya. Sering kali 


108 
terdengar perkataan…….tak faham la teacher…..macam mana nak buat…. begitu sinonim sekali 
setiap kali pembelajaran Bahasa Inggeris. Bagi saya mereka terlalu bergantung kepada guru untuk 
memberi jawapan, mereka tidak ingin mencuba membuat sendiri. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan 
mereka seratus peratus, latar belakang keluarga yang miskin, kurangnya perhatian daripada ibu bapa 
serta tidak ada kemudahan seperti Perpustakaan Awam juga membatasi pembelajaran mereka. 
Saya pula selalu menjawab ….“Apalah awak ni yang tu pun….. tak boleh buat…. senang aje… do it 
yourself…” tanpa memberi tunjuk ajar yang betul serta tidak prihatin kepada masalah yang dihadapi 
oleh murid-murid. 
Saya pernah menghadiri kursus Kajian Tindakan pada tahun 2002. Jadi kali ini saya membuat keputusan 
untuk melaksanakan Kajian dengan bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kelemahan pada diri saya 
serta mempertingkatkan pembelajaran anak-anak didik saya. Saya telah memulakan kajian dengan 
beberapa langkah iaitu membuat ujian, memeriksa buku tulis, temubual, soal selidik. Kemudian saya 
merancang aktiviti serta kaedah yang akan saya jalankan iaitu Little Book Technique. Langkah-langkah 
yang seterusya akan diterangkan di dalam perenggan-perenggan yang berikut. 
Sepanjang kajian ini saya telah mendapat kebenaran tentang pentingnya Kajian Tindakan iaitu 
mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan 
professional khususnya dalam menguji sendiri dan perkembangkan idea-idea baru mengenai amalan. 
Dengan itu guru mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang efektif. 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   61   62   63   64   65   66   67   68   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling