109
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Tujuan Kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran menulis di dalam Bahasa Inggeris
menggunakan ayat yang senang serta mepertingkatkan keyakinan diri supaya
menguasai Bahasa
Inggeris bagi murid-murid Tahap 1.
3.2 Objektif Khusus
i.
Membantu murid membina ayat mudah di dalam penulisan Bahasa Inggeris.
ii.
Membantu murid supaya menghasilkan buku mengikut kreativiti mereka sendiri.
iii.
Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
iv.
Mengubah sikap persepsi murid bahawa Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang
mudah difahami.
4.0
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 36 orang murid 2 Cendikiawan. Saya
mengambil keputusan untuk
mengadakan kajian ke atas semua murid 2 Cendikiawan agar semua murid kelas ini mendapat faedah
dan
manfaat kerana kaedah Litle Book ini boleh menarik minat semua murid.