Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet33/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   29   30   31   32   33   34   35   36   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

Teknik Temu Bual 
Ciri Utama 
Berstruktur 
Soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual 
dilaksanakan secara formal. 
Separa Berstruktur 
Cuma soalan utama disediakan. Soalan susulan 
berdasarkan jawapan informan. 
Tidak Berstruktur 
Temu bual dijalankan secara tidak formal dengan 
menggunakan soalan terbuka. Hal ini bertujuan 
meneroka idea atau perasaan informan.
Untuk menjayakan sesi temu bual, panduan berikut boleh digunakan:
• Tentukan keadaan/suasana yang selesa semasa temu bual 
Pilih masa yang sesuai 
• Bina hubungan (rapport) dengan informan 
• Sekiranya perlu, minta kebenaran informan untuk merakamkan sesi temu bual 
• Gunakan soalan “probing”, contohnya:
o
Apakah pandangan anda … 
o
Apa yang anda maksudkan dengan … 
o
Bagaimana ia boleh berlaku … 
o
Ulangi soalan/jawapan jika perlu 
o
Berikan tempoh masa yang sesuai kepada informan untuk menjawab 
5.4
Pemerhatian 
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. 
Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan 
pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian perlu dijalankan secara 
sistematik. Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan mencatat nota tentang apa yang 
berlaku di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya 
bagaimana guru mengajar dan bagaimana reaksi murid semasa pengajaran.
Selain daripada itu, pemerhatian juga boleh dilakukan dengan bantuan pita rakaman 
video, pita rakaman audio, kamera ataupun melalui telefon bimbit yang mempunyai 
fungsi merakam suara dan video. Seseorang penyelidik tidak boleh terpengaruh 
dengan tingkah laku subjek semasa menjalankan pemerhatian.


50 
Pemerhatian boleh dilakukan melalui dua cara : 
a) Berstruktur 
b) Tidak Berstruktur 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   29   30   31   32   33   34   35   36   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling