Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet36/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   32   33   34   35   36   37   38   39   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

6.1.1 Analisis Data Soal Selidik 
Sesuatu soal selidik biasanya mengandungi dua bahagian, iaitu satu bahagian yang 
mengandungi item-item maklumat demografi dan satu bahagian lain yang mengandungi 
maklumat skala pemeringkatan (rating scale). Item demografi adalah seperti jantina, 
umur, kelayakan, pengalaman mengajar dan sebagainya. Item skala pemeringkaan 
adalah seperti persepsi pelajar tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang 
berlaku di bilik darjah. Soalan-soalan yang diwujudkan dalam sesuatu soal selidik 
bolehlah dalam bentuk soalan tertutup atau soalan terbuka. 
a) Analisis Secara Manual 
Berikut adalah beberapa contoh daripada pelajar yang telah memberi respons terhadap 
soalan-soalan tertutup dalam soal selidik. Pelajar 1, 2 dan 3 telah memberi respons 
kepada 4 item soalan yang menyentuh tentang pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) 
berdasarkan skala jenis Likert 4 poin, 1 Sangat Tidak Setuju, 2. Tidak Setuju, 3. 
Setuju, dan 4. Sangat Setuju. 


54 
Pelajar 1 
Item 
Sangat 
Setuju 
(4) 
Setuju 
(3) 
Tidak 
Setuju 
(2) 
Sangat Tidak 
Setuju 
(1) 
1. Saya terpaksa membantu ibu bapa
di rumah. 
 
2. Saya mendapat bimbingan daripada 
ibubapa. 
 
3. Saya memahami apa yang Cikgu ajar 
semasa kelas BI. 
 
4. Saya menggunakan BI semasa di 
rumah. 
 
Pelajar 2 
Item 
Sangat 
Setuju 
(4) 
Setuju 
(3) 
Tidak 
Setuju 
(2) 
Sangat Tidak 
Setuju 
(1) 
1. Saya terpaksa membantu ibu bapa
di rumah. 
 
2. Saya mendapat bimbingan daripada 
ibubapa. 
 
3. Saya memahami apa yang Cikgu ajar 
semasa kelas BI. 
 
4. Saya menggunakan BI semasa di 
rumah. 
 
Pelajar 3 
Item 
Sangat 
Setuju 
(4) 
Setuju 
(3) 
Tidak 
Setuju 
(2) 
Sangat Tidak 
Setuju 
(1) 
1. Saya terpaksa membantu ibu bapa
di rumah. 
 
2. Saya mendapat bimbingan daripada 
ibubapa. 
 
3. Saya memahami apa yang Cikgu ajar 
semasa kelas BI. 
 
4. Saya menggunakan BI semasa di 
rumah. 
 
Daripada respons di atas, satu jadual pengagihan skor (rujuk Jadual 6.1) dihasilkan 
untuk menunjukkan kekerapan taburan respons dan nilai min terhadap sesuatu item. 


55 
Pelajar 1 di atas telah menandakan Sangat Setuju untuk Item 1, Setuju untuk Item 2, 
Setuju untuk Item 3 dan Sangat Setuju untuk Item 4. Berdasarkan kepada respons 
Pelajar 1 ini, rating yang diberikan dalam bentuk nombor boleh dipindahkan kepada 
Jadual 6.1 dengan menandakan simbol “/ ” pada lajur Sangat Setuju, Setuju, Tidak 
Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Respons Pelajar 1 bagi Item 1 ialah Sangat Setuju 
atau 4. Oleh itu dalam kotak Item 1 di bawah Sangat Setuju tandakan “/ “ pada kotak 
bagi Item 1. Pelajar 1 menandakan Setuju pada Item 2. Oleh itu pindahkan respons ini 
kepada kotak Item 1 di bawah Setuju dengan menandakan “ / “. Prosedur yang sama 
digunakan bagi mengagihkan skor bagi Item 3 dan Item 4. Seterusnya, masukkan skor 
rating untuk Pelajar 2 dan Pelajar 3. Apabila selesai, Item 1 mempunyai 1 respons ( / ) 
untuk Sangat Setuju, 1 ( / ) untuk Setuju dan 1 ( / ) untuk Tidak Setuju. Item 2 
mempunyai 1 ( / ) respons untuk Setuju dan 2 ( // ) respons untuk Tidak Setuju. 
Kekerapan untuk Item 1 ialah 3 (lihat lajur Kekerapan, Jumlah Skor dan Peratusan) di 
Jadual 6.1. Begitu juga Kekerapan untuk Item 2 ialah 3. Untuk mendapatkan nilai 
jumlah skor bagi setiap kotak pada Item 1, anda mesti ambil nilai kekerapan bagi setiap 
kotak dan darabkannya dengan nilai skor. Sebagai contoh, hanya seorang responden 
menandakan Sangat Setuju (4) pada Item 1 dan nilai poin bagi kotak ini ialah 1 x 4 = 4. 
Begitu juga seorang responden menandakan Setuju (3) bagi Item 1 dan jumlah poin 
bagi kotak ini ialah 1 x 3 = 3. Seterusnya 1 responden menandakan Tidak Setuju bagi 
Item 1 dan jumlah poin ialah 1 x 2 = 2. Nilai-nilai skor ini ditunjukkan dalam kurungan ( ) 
di kotak-kotak tertentu pada Jadual 6.1. Jumlah skor bagi Item 1 ialah 9.
Kemudian, kirakan kekerapan yang ditunjukkan dalam kotak-kotak itu dalam bentuk 
peratusan (%). Bagi kotak Item 1 dan Sangat Setuju, kirakan peratusan dengan 
mengambil kekerapan dan dibahagikan dengan Jumlah Skor, iaitu (1 / 3) x 3 = 33.3%. 
Prosedur pengiraan yang sama digunakan untuk mengira kotak-kotak Item I dengan 
Setuju dan Item 1 dengan Tidak Setuju. 
Untuk menentukan min bagi Item 1 anda membahagikan Jumlah skor dengan 
kekerapan, iaitu 9 / 3 = 3 (Min = 3.00). Prosedur yang sama digunakan untuk mengira 
Item 2, 3 dan 4. 


56 
Jadual 6.1: Pengagihan Skor 
Item 
Sangat 
Setuju 
(4) 
Setuju 
(3) 
Tidak 
Setuju 
(2) 
Sangat 
Tidak 
Setuju 
(1) 
Kekerapan, Jumlah 
Skor & Min 
1. Saya terpaksa 
membantu ibu 
bapa di rumah. 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   32   33   34   35   36   37   38   39   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling