Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan
Download 0.98 Mb. Pdf ko'rish
|
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN
- Bu sahifa navigatsiya:
- This is a red
- Tempat : 2 Cendikiawan Masa
5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2
Untuk menarik perhatian mereka saya membawa 5 biji belon serta kertas A4 yang berwarna-warni yang boleh di dapati di koperasi sekolah. Kemudian mereka dikehendaki membuat ayat seperti: This is a red balloon . Seperti biasa mereka akan menulis ayat-ayat di dalam lembaran kerja yang disediakan. Kemudian menampal mengikut helaian muka surat. Saya memberi kebebasan kepada murid untuk menukar perkataan di belakang ayat. Contohnya This is a red Murid-murid boleh melihat di dalam buku teks jika tidak ada idea untuk melukis gambar. Mereka juga boleh berjalan-jalan didalam kelas melihat hasil kerja rakan-rakan mereka. car. 115 Pemerhatian Tarikh : 23 Feb 2005 Tempat : 2 Cendikiawan Masa : 1.35-2.35 ptg Peristiwa : Murid-murid begitu tertarik dengan belon-belon yang saya bawa. Mereka tidak sabar-sabar untuk mengetahui aktiviti apa sebenarnya. Bila mendapat kertas yang berwarna-warni dan adanya belon dalam kelas mereka begitu gembira sekali. Semua memberikan tumpuan pada kerja. Ada yang membuat rujukan di dalam buku teks dan buku aktiviti Tahun 2. Mereka begitu berhati-hati semasa menulis dan begitu leka dengan aktiviti masing-masing. Ada yang menunjukkan hasil kerja mereka serta membanding- bandingkannya dengan kawan yang lain.Saya mendapati ramai yang membuat kesalahan ejaan seperti : Jadual 5: Kesalahan Perkataan Perkataan Kesalahan This The Balloon Belon Refleksi Oleh kerana tajuk pada hari ini adalah “objects” dalam masa satu jam saja, murid-murid sudah mengenali objek-objek di dalam Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan mereka dengan sendirinya sudah memperkayakan “vocabulary” mereka. Saya tidak mempunyai masalah lagi untuk menerangkan satu persatu maksud perkataan. Jika ada kesalahan-kesalahan ayat atau perkataan, murid dikehendaki membuat pembetulan dan melihat kembali contoh ayat yang saya berikan. Saya rasa amat gembira kerana aktiviti kedua berjalan lancar. Mereka begitu bersungguh-sungguh menyiapkannya. Hanya satu ayat mudah difahami pada satu muka surat. Untuk menarik minat murid serta membiasakan mereka dengan aktiviti penulisan, saya bercadang akan memberi hadiah kepada murid-murid yang membuat ayat tanpa kesalahan. |
Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling
ma'muriyatiga murojaat qiling