114
Pemerhatian
Tarikh
:
2 Februari 2005
Tempat
:
2 Cendikiawan
Masa
:
1.35 - 2.35 ptg
Peristiwa :
Murid-murid seperti “terpaku” melihat contoh
Little Book yang telah saya siapkan.
Mereka seperti berada
di alam lain. Mereka tidak sabar-sabar untuk menjalankan aktiviti tersebut. Apabila aktiviti bermula saya
menghadapi masalah murid-murid mengambil masa untuk menulis ayat walaupun sudah diberikan
contoh. Mereka banyak memberikan tumpuan pada lukisan dan menulis agak perlahan, hanya 4
orang
daripada 36 yang menumpukan penuh perhatian. Yang selebihnya tidak dapat menyiapkan kerja mereka.
Refleksi
Sepanjang aktiviti dijalankan murid-murid kelihatan seronok tetapi kurang memberi tumpuan pada
penulisan. Kebanyakannya murid-murid lelaki, oleh itu saya perlu membantu
murid ini supaya mereka
terus menyiapkan kerja. Untuk aktiviti seterusnya saya terfikir yang saya akan menggunakan buku text
dan
buku aktiviti, supaya mereka mendapat gambaran yang lebih jelas tentang ayat dan juga gambar.
Do'stlaringiz bilan baham: