Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet71/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   67   68   69   70   71   72   73   74   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2 
 
Untuk menarik perhatian mereka saya membawa 5 biji belon serta kertas A4 yang berwarna-warni yang 
boleh di dapati di koperasi sekolah. Kemudian mereka dikehendaki membuat ayat seperti: This is a red 
balloon
.
Seperti biasa mereka akan menulis ayat-ayat di dalam lembaran kerja yang disediakan. Kemudian 
menampal mengikut helaian muka surat. Saya memberi kebebasan kepada murid untuk menukar 
perkataan di belakang ayat. 
Contohnya This is a red 
Murid-murid boleh melihat di dalam buku teks jika tidak ada idea untuk melukis gambar. Mereka juga 
boleh berjalan-jalan didalam kelas melihat hasil kerja rakan-rakan mereka. 
car.


115 
Pemerhatian
Tarikh : 
23 Feb 2005 
Tempat : 
2 Cendikiawan 
Masa
: 1.35-2.35 ptg 
 
Peristiwa : 
Murid-murid begitu tertarik dengan belon-belon yang saya bawa. Mereka tidak sabar-sabar untuk 
mengetahui aktiviti apa sebenarnya. Bila mendapat kertas yang berwarna-warni dan adanya belon dalam 
kelas mereka begitu gembira sekali. Semua memberikan tumpuan pada kerja. Ada yang membuat rujukan
di dalam buku teks dan buku aktiviti Tahun 2. Mereka begitu berhati-hati semasa menulis dan begitu 
leka dengan aktiviti masing-masing. Ada yang menunjukkan hasil kerja mereka serta membanding-
bandingkannya dengan kawan yang lain.Saya mendapati ramai yang membuat kesalahan ejaan seperti : 
 
 
 
 
Jadual 5: Kesalahan Perkataan 
Perkataan 
Kesalahan 
 
This 
The 
Balloon 
Belon 
Refleksi 
Oleh kerana tajuk pada hari ini adalah “objects” dalam masa satu jam saja, murid-murid sudah 
mengenali objek-objek di dalam Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan mereka dengan sendirinya sudah 
memperkayakan “vocabulary” mereka. Saya tidak mempunyai masalah lagi untuk menerangkan satu 
persatu maksud perkataan. 
Jika ada kesalahan-kesalahan ayat atau perkataan, murid dikehendaki membuat pembetulan dan melihat 
kembali contoh ayat yang saya berikan. Saya rasa amat gembira kerana aktiviti kedua berjalan lancar. 
Mereka begitu bersungguh-sungguh menyiapkannya. Hanya satu ayat mudah difahami pada satu muka 
surat. Untuk menarik minat murid serta membiasakan mereka dengan aktiviti penulisan, saya bercadang 
akan memberi hadiah kepada murid-murid yang membuat ayat tanpa kesalahan.


116 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   67   68   69   70   71   72   73   74   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling