Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet16/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

 
 
LANGKAH 1: MEREFLEK (Reflect
Mereflek merupakan tindakan mencerminkan diri bagi melihat kekuatan dan 
kelemahan amalan kendiri di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan 
aktiviti penting di mana seseorang individu perlu mengingat kembali pengalaman 
yang telah dilalui dan mempertimbangkan serta membuat penilaian. Melalui amalan 
refleksi ini, tema, masalah, isu atau keprihatinan bagi kajian tindakan yang hendak 
dijalankan dapat dikenal pasti. Refleksi boleh dilakukan ke atas pengalaman atau 
aktiviti yang dilalui oleh diri sendiri, murid, kemahiran, persekitaran, isi kandungan 
mata pelajaran, bahan pengajaran, komunikasi, disiplin dan pengajaran dan 
pembelajaran. 
 


27 
Contoh 1:
 
Saya telah memeriksa satu lembaran kerja yang telah saya berikan kepada 
murid-murid kelas 3E. Saya dapati hampir 60% murid membuat banyak kesilapan 
semasa membina ayat-ayat mudah daripada rajah tukar ganti. Mereka juga 
merupakan murid-murid yang rendah prestasi akademik setelah “streaming”. Secara 
keseluruhannya, mereka amat lemah dalam keseluruhan mata pelajaran. Mereka 
tidak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris selain bahasa ibunda. Mereka juga 
kurang berkomunikasi dengan saya semasa pengajaran dan pembelajaran mahupun 
di luar bilik darjah.
 
Contoh 2: 
 
Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak 
berpuas hati terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul 
kepada anak-anak didik saya. Sering kali terdengar perkataan….tak faham…. ia 
teacher…..macam mana nak buat…. begitu sinonim sekali setiap kali pembelajaran 
Bahasa Inggeris. Bagi saya mereka terlalu bergantung kepada guru untuk memberi 
jawapan, mereka tidak ingin mencuba membuat sendiri. Tetapi saya tidak boleh 
menyalahkan mereka seratus peratus kerana latar belakang keluarga yang miskin, 
kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta tidak ada kemudahan seperti 
Perpustakaan Awam juga membatasi pembelajaran mereka.
 
Saya pula selalu menjawab ….“Apalah awak ni yang tu pun….. tak boleh buat…. 
senang aje… do it yourself…” tanpa memberi tunjuk ajar yang betul serta tidak 
prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh murid-murid…. 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling