29
ii.
Kerelevanan
Sejauh manakah pentingnya penyelesaian masalah itu dari segi:
• Jangka masa pendek?
• Jangka masa panjang?
• Adakah anda berminat untuk menyelesaikan masalah itu?
• Adakah anda perlu menyelesaikan masalah itu untuk membolehkan anda
menyambung tugas seterusnya?
• Adakah masalah itu, jika tidak diselesaikan, mempunyai kesan
ke atas
tugas rakan sejawat yang lain?
• Adakah masalah itu, sekiranya dibiarkan berterusan, mempunyai kesan
negatif ke atas institusi tempat anda bekerja?
iii.
Kebolehurusan (manageability)
• Adakah anda berkebolehan menyelesaikan masalah?
• Adakah anda mempunyai masa untuk menangani masalah tersebut?
• Apakah persiapan yang perlu anda lakukan?
• Apakah kekangan yang mungkin dihadapi?
iv.
Keserasian (compatibility)
• Adakah ia melibatkan kerja-kerja yang sememangnya
selalu anda
lakukan?
• Adakah mungkin aktiviti-aktiviti kajian itu dapat digabungkan dengan
kerja-kerja mengajar?
• Adakah anda boleh mendapat bantuan rakan sejawat untuk
menyelesaikan masalah itu?
• Apakah sokongan yang boleh diperolehi dari pihak atasan anda?
Sekiranya, penyelidik dapat memberikan jawapan yang meyakinkan
kepada semua
persoalan dalam kriteria pemilihan di atas, maka penyelidik
sudah menemui fokus
kajian yang tepat pada ketika itu.
Do'stlaringiz bilan baham: