Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet26/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   22   23   24   25   26   27   28   29   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

4.6 
Bila Melakukan Refleksi? 
Refleksi adalah segala proses mengingat dan merenung kembali aktiviti yang telah 
dijalankan seseorang di peringkat awal, semasa dan selepas menjalankan kajian 
tindakan. 


40 
4.6.1 Refleksi Peringkat Awal 
Refleksi peringkat ini dilakukan sebelum memulakan sesuatu Kajian Tindakan. Antara 
langkah yang boleh dijalankan adalah: 
 
membuat analisis situasi serta menjelaskan isu, fenomena atau masalah 
pedagogi; 
 
menganalisis kefahaman kendiri terhadap isu, fenomena atau masalah 
pedagogi; 
 
menentukan isu/bidang keprihatinan; dan 
 
mengenalpasti tindakan intervensi yang bersesuaian. 
4.6.2 Refleksi Semasa Kajian 
Refleksi peringkat ini dilakukan semasa kajian sedang dijalankan iaitu: 
 
membuat keputusan awal terhadap perjalanan proses tindakan (intervensi); 
 
menerima komen dan teguran spontan semasa menjalankan tindakan tersebut; 
 
mengatasi segala rintangan dengan penambabaikan yang sewajarnya; dan 
 
menilai keberkesanan tindakan intervensi tersebut.
 
 
Contoh soalan untuk menggerakkan refleksi pada peringkat awal: 
 
Apakah masalah dalam kelas saya? Mengapa ia berlaku? 
 
Bagaimanakah masalah itu boleh ditangani? 
 
Apakah strategi yang perlu digunakan? Bagaimanakah menggunakannya? 
Contoh soalan untuk menggerakkan refleksi peringkat semasa kajian: 
 
Adakah anda setuju dengan tindakan yang diambil? 
 
Apakah persepsi anda terhadap tindakan tersebut? 
 
Apakah rintangan yang dihadapi semasa menjalankan tindakan? 
 
Apakah keberkesanan tindakan? 


41 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   22   23   24   25   26   27   28   29   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling