Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet34/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   30   31   32   33   34   35   36   37   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

a) 
Pemerhatian Berstruktur 
Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih 
dahulu. Penyelidik memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set 
aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan 
menggunakan senarai semak seperti yang jelas ditunjukkan pada bab penganalisisan 
data. 
b) 
Pemerhatian Tidak Berstruktur 
Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti. 
Penyelidik perlu menentukan fokus pemerhatian. Fokus ini termasuk tingkah laku murid, 
body language semasa pengajaran dan pembelajaran seorang murid atau sekumpulan 
murid dan pergerakan dalam bilik darjah. Guru juga perlu menentukan tingkah laku 
murid yang ada kaitan dengan isu yang dikaji. 
Semasa menjalankan pemerhatian tidak berstruktur, penyelidik boleh meneliti perkara-
perkara seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.1 berikut: 


51 
 
 
 
 
 
 
 
 
Error!
Rajah 5.1: Proses dalam Pemerhatian Tidak Berstruktur 
Subjek yang hendak diperhatikan termasuk umur, 
jantina, kelas dan sebagainya 
Hubungan antara peserta (rakan, saudara, dsb) 
Bilangan peserta 
PESERTA 
Rupa/bentuk latar seperti susunan kerusi meja, 
kedudukan murid, papan hitam , OHP, projektor 
LCD
LATAR
(SETTING
Sebab peserta berkumpul 
Matlamat antara peserta, sama ada selaras atau 
bercanggah 
Apa yang dibuat? 
Apa pendorongnya? 
Apa kegiatannya? 
Kadar/kualiti pelakuan 
Kesan 
Bila berlaku? 
Berapa kali? 
Berulang atau tidak? 
Mengapa berulang (suasana yang 
menyebabkannya berulangan)? 
Kedudukan murid 
Meja guru 
Pintu, tingkap 
Pancaran matahari, dsb 
TUJUAN 
PERLAKUAN 
SOSIAL 
KEKERAPAN & 
JANGKA 
LUKIS RAJAH 


52 
5.5 Ujian 
Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan 
mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian 
boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis (pada kertas atau komputer).
Terdapat dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian digunakan untuk 
membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program 
intervensi dijalankan. Jika keputusan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang 
signifikan berbanding Ujian Pra, maka objektif kajian tercapai. Kedua-dua set soalan 
Ujian Pra dan Ujian Pos mestilah sama ataupun setara untuk membolehkan 
perbandingan dibuat. Suasana peperiksaan kedua-dua ujian juga mesti tidak jauh 
berbeza. 
Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang 
pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang 
telah diajar kepada murid. 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   30   31   32   33   34   35   36   37   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling