Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet32/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   28   29   30   31   32   33   34   35   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

ii. Soalan Terbuka 
Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk mengemukakan pendapat 
dan memberi huraian lanjut berhubung soalan yang dikemukakan.
Contoh: 
 
Apakah pendapat anda terhadap pelaksanaan kokurikulum di sekolah? 
______________________________________________________________________ 
______________________________________________________________________ 
______________________________________________________________________ 
Berikan cadangan anda untuk mempertingkatkan penglibatan murid dalam aktiviti 
kokurikulum? 
______________________________________________________________________ 
______________________________________________________________________ 
______________________________________________________________________ 
5.3
Temu Bual 
Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face-to-face 
antara penyelidik dengan informan atau orang yang ditemu bual. Temu bual ialah 
kaedah terbaik untuk meneroka (probe) dan mendapatkan maklumat daripada informan 
secara mendalam. Informan bagi temu bual terdiri daripada murid, ahli panitia, rakan 
sejawatan, pihak pentadbir dan ibu bapa. Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui 
persepsi, pendapat dan sikap mereka terhadap kajian yang dijalankan.
Temu bual juga boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon khususnya dengan ibu 
bapa. Lebih ramai responden dapat dihubungi terutamanya yang melibatkan jarak jauh. 
Selain daripada penjimatan kos dapat dilaksanakan, kaedah ini juga membolehkan 
pengkaji mendapatkan data dengan lebih cepat. Di samping itu, tiada sentimen 
perasaan malu di kalangan responden dengan penyelidik kerana tidak bersua muka iaitu 
hanya berkomunikasi dua hala melalui telefon. Jadual 5.1 menunjukkan teknik utama 
temu bual. 


49 
Jadual 5.1: Teknik Utama Temu Bual 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   28   29   30   31   32   33   34   35   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling