Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet40/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   36   37   38   39   40   41   42   43   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

PEMERHATIAN BERSTRUKTUR 
CONTOH 1 :
MEMERHATIKAN TINGKAH LAKU MURID YANG MENUMPUKAN/TIDAK 
MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR
Anda boleh menggunakan Jadual Pemerhatian untuk merekodkan kod-kod aktiviti yang 
dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kod 
nombor 1 hingga 9 berikut menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas dijalankan. 
1. 
Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi 
2. 
Pemikiran di tempat lain sambil mencakar-cakar kertas (doodling
3. 
Berangan-angan (day-dreaming
4. 
Berjalan dari satu tempat ke tempat lain (wandering around
5. 
Membuat kerja lain 
6. 
Mengganggu murid lain secara fizikal 
7. 
Mencuba untuk menarik perhatian 
8. 
Mengasah pensel 
9. 
Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah) 
Pemerhatian berdasarkan 9 aktiviti tersebut direkodkan dalam bentuk jadual (rujuk 
Jadual 6.6) apabila setiap skan (scan) dijalankan. Skan melibatkan pemerhatian 


68 
terhadap aktiviti atau sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Dalam 
Jadual 6.6, sebanyak 10 skan telah dijalankan dan nombor dicatatkan pada petak di 
mana seseorang pelajar itu diperhatikan telah menjalankan aktiviti yang dimaksudkan.
Sebagai contoh, Asmah didapati “Berangan-angan” (aktiviti nombor 3) apabila skan 
pertama diadakan. Pada skan kedua, beliau didapati “Berjalan dari satu tempat ke satu 
tempat yang lain”. Setelah siap melengkapi Jadual Pemerhatian, jumlah aktiviti (dalam 
peratusan) dikira dan penafsiran tentang seseorang pelajar dibuat.
Jadual 6.6: Jadual Pemerhatian semasa Pengajaran dan Pembelajaran Bilik Darjah 
Murid 
Skan 









10 

Asmah Ahmad 




40 
Zainuddin Zain 








80 
S. Ramasamy 





50 
Jeffery Lim 





50 
Mary Danker 






60 
Daripada Jadual 6.6 di atas Zainuddin didapati telah menjalankan paling banyak aktiviti 
(80%) dan aktiviti-aktiviti itu merangkumi i. Berfikiran di tempat lain sambil mencakar-
cakar kertas ii. Berangan-angan iii. Berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Daripada ketiga-tiga aktiviti ini, beliau didapati paling kerap berangan-angan. 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   36   37   38   39   40   41   42   43   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling