Kajian tindakan edisi ketiga bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan


  LANGKAH 3: MENGENAL PASTI OBJEKTIF KAJIAN


Download 0.98 Mb.
Pdf ko'rish
bet19/100
Sana06.05.2023
Hajmi0.98 Mb.
#1436411
1   ...   15   16   17   18   19   20   21   22   ...   100
Bog'liq
BUKU MANUAL KAJIAN TINDAKAN

 


30 
LANGKAH 3: MENGENAL PASTI OBJEKTIF KAJIAN 
 
Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian 
berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti. Objektif utama kajian ialah 
mengakibatkan perubahan tingkah laku guru dan murid. Objektif itu mestilah boleh 
diukur semasa dan selepas kajian. Ia terdiri daripada Objektif Umum dan Objektif 
Khusus. 
 
(i) Objektif Umum: Mengikut apa yang dipilih dalam tajuk 
 
Contoh: 
 
Meningkatkan kemahiran menggunakan tatabahasa (grammar) dalam membina 
ayat Bahasa Inggeris. 
 
(ii) Objektif Khusus: Boleh diukur, dilaksanakan atau memberi perubahan kepada 
sikap murid, sikap guru dan amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. 
 
Contoh: 
 
1. Murid dapat menguasai kemahiran menukarkan “Personal Pronouns”, 
“Possessive Pronouns” dan “Possessive Adjectives” dengan betul. 
 
2. Murid dapat menulis sepuluh ayat dengan menggunakan tatabahasa yang 
betul di akhir sesuatu aktiviti penulisan 
 
 
LANGKAH 4: MENENTUKAN KUMPULAN SASARAN 
 
Kumpulan sasaran merupakan kumpulan guru atau murid yang terlibat di dalam 
kajian yang akan dijalankan. Kumpulan guru atau murid tersebut mestilah terdiri 
daripada kumpulan yang terlibat di dalam isu permasalahan kajian dan situasi sosial 
penyelidik. 
 
 


31 
Contoh :
 
Kajian ini melibatkan 20 orang murid Tahun 5 Bestari yang terdiri daripada 8 orang 
murid perempuan dan 12 orang murid lelaki. Mereka ini mempuyai pencapaian yang 
rendah (kurang dari 40 markah) dalam ujian bulan Mac yang lalu. 

Download 0.98 Mb.

Do'stlaringiz bilan baham:
1   ...   15   16   17   18   19   20   21   22   ...   100




Ma'lumotlar bazasi mualliflik huquqi bilan himoyalangan ©fayllar.org 2024
ma'muriyatiga murojaat qiling