40
4.6.1 Refleksi Peringkat Awal
Refleksi peringkat ini dilakukan sebelum memulakan sesuatu Kajian Tindakan.
Antara
langkah yang boleh dijalankan adalah:
membuat analisis situasi serta menjelaskan isu, fenomena
atau masalah
pedagogi;
menganalisis kefahaman
kendiri terhadap isu, fenomena atau masalah
pedagogi;
menentukan isu/bidang keprihatinan; dan
mengenalpasti tindakan intervensi yang bersesuaian.
4.6.2 Refleksi Semasa Kajian
Refleksi peringkat ini dilakukan semasa kajian sedang dijalankan iaitu:
membuat keputusan awal terhadap perjalanan proses tindakan (intervensi);
menerima komen dan teguran spontan semasa menjalankan tindakan tersebut;
mengatasi segala rintangan dengan
penambabaikan yang sewajarnya; dan
menilai keberkesanan tindakan intervensi tersebut.
Contoh soalan untuk menggerakkan refleksi pada peringkat awal:
Apakah masalah dalam kelas saya? Mengapa ia berlaku?
Bagaimanakah masalah itu boleh ditangani?
Apakah strategi yang perlu digunakan? Bagaimanakah menggunakannya?
Contoh soalan untuk menggerakkan refleksi peringkat semasa kajian:
Adakah anda setuju dengan tindakan yang diambil?
Apakah persepsi anda terhadap tindakan tersebut?
Apakah rintangan yang dihadapi semasa menjalankan tindakan?
Apakah keberkesanan tindakan?