1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Lalu:
Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak
berpuashati terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar
yang betul kepada anak-anak didik saya. Sering kali terdengar
perkataan…tak faham la teacher…macam mana nak buat…. begitu
sinonim sekali setiap kali pembelajaran Bahasa Inggeris. Bagi saya
mereka terlalu bergantung kepada guru untuk memberi jawapan, mereka
tidak ingin mencuba membuat sendiri. Tetapi saya tidak boleh
menyalahkan mereka seratus peratus, latar belakang keluarga yang
miskin, kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta tidak ada
kemudahan seperti Perpustakaan Awam juga membatasi pembelajaran
mereka.
Saya pula selalu menjawab ...“Apalah awak ni yang tu pun….. tak boleh
buat… senang aje… do it yourself…” tanpa memberi tunjuk ajar yang
betul serta tidak prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh murid-
murid.
Saya pernah menghadiri kursus Kajian Tindakan pada tahun 2002. Jadi
kali ini saya membuat keputusan untuk melaksanakan Kajian dengan
bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kelemahan pada diri saya serta
mempertingkatkan pembelajaran anak-anak didik saya. Saya telah
memulakan kajian dengan beberapa langkah iaitu membuat ujian,
memeriksa buku tulis, temubual, soal selidik. Kemudian saya merancang
aktiviti serta kaedah yang akan saya jalankan iaitu Little Book Technique.
Langkah-langkah yang seterusya akan diterangkan di dalam perenggan-
perenggan yang berikut.
Sepanjang kajian ini saya telah mendapat kebenaran tentang pentingnya
Kajian Tindakan iaitu mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-
amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan profesional khususnya
dalam menguji sendiri dan perkembangkan idea-idea baru mengenai
amalan. Dengan itu, guru mempunyai hakmilik (ownership) dalam
memperkenalkan amalan-amalan yang efektif.
2.0 Fokus
Kajian
Fokus kajian merupakan
fokus yang menjadi
masalah atau isu.
Proses menentukan fokus
kajian ialah:
a. Tentukan tema /
masalah kajian.
Do'stlaringiz bilan baham: |